Menu
Your Cart

Hari Pendengaran Sedunia 2024 - Mengubah Pandangan: Ayuh Jadikan Penjagaan Telinga dan Pendengaran sebagai Kenyataan untuk Semua!


Hampir 2.5 bilion orang dianggarkan mengalami masalah pendengaran, dan sekurang-kurangnya 700 juta akan memerlukan rehabilitasi pendengaran menjelang tahun 2050, menurut maklumat fakta Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai ketulian dan masalah pendengaran. Lebih daripada 80% keperluan penjagaan telinga dan pendengaran di seluruh dunia masih belum dipenuhi. Persepsi masyarakat yang salah dikenal pasti sebagai salah satu faktor utama yang menghalang usaha dalam mencegah dan mengatasi masalah pendengaran ini. Beberapa pandangan yang salah termasuk: 

Masalah pendengaran hanya berlaku kepada warga emas? 

Antara salah faham umum dalam kalangan masyarakat adalah masalah pendengaran hanya dihadapi oleh warga emas sahaja. Pada hakikatnya, masalah pendengaran boleh memberi impak kepada individu dari semua peringkat umur, termasuk bayi baru lahir. Masalah pendengaran yang tidak dikesan boleh memberi kesan pada perkembangan pertuturan, bahasa, dan kognitif. Pengesanan awal adalah penting, terutamanya apabila melibatkan bayi baru lahir, kerana ia membolehkan intervensi tepat pada masanya. Saringan pendengaran bayi baru lahir memainkan peranan penting dalam mengenal pasti masalah pendengaran sejak awal kelahiran. Antara rawatan untuk masalah pendengaran pada bayi baru lahir dan kanak-kanak berbeza bergantung kepada tahap dan puncanya, termasuk dari alat bantu pendengaran, rehabilitasi pendengaran, implan koklea dan terapi pertuturan. Oleh kerana masalah pendengaran tidak selalu jelas kelihatan, adalah penting bagi semua kanak-kanak untuk menjalani ujian untuk memastikan mereka mempunyai akses kepada perkhidmatan penting ini. 

Hanya pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat yang boleh menyebabkan kehilangan pendengaran? 

Pendedahan kepada bunyi kuat seperti bunga api, konsert, atau letupan senjata boleh merosakkan pendengaran. Dengan penggunaan earbud yang semakin popular, orang dewasa muda mungkin mengalami kehilangan pendengaran yang tidak dapat dipulihkan disebabkan oleh amalan mendengar yang tidak selamat. Walau bagaimanapun, kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh bunyi ini boleh dicegah dengan menghadkan pendedahan kepada bunyi kuat, mengurangkan kelantangan, atau menjauhkan diri dari sumber bunyi. Jika kedua-dua pilihan tersebut tidak boleh dilakukan, peranti perlindungan pendengaran boleh digunakan. Perlindungan pendengaran memainkan peranan penting dalam melindungi telinga kita dari masalah pendengaran disebabkan oleh bunyi. Dapatkan konsultasi dengan ahli audiologi untuk memilih peranti perlindungan pendengaran yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Adakah masalah pendengaran tidak mempengaruhi aspek kesihatan yang lain?  

 

Kehilangan pendengaran berkait rapat dengan risiko demensia. Kehilangan pendengaran ringan meningkatkan risiko demensia dua kali ganda, kehilangan sederhana tiga kali ganda, dan kehilangan yang teruk meningkatkan risiko untuk menghadapi demensia lima kali ganda. Laporan 2020 dari Lancet Commission menyarankan bahawa masalah pendengaran adalah salah satu faktor risiko untuk demensia yang mungkin boleh diubah suai. Selain itu, kesan masalah pendengaran yang tidak dirawat boleh mengakibatkan isolasi sosial, kecewa dan kemurungan. Justeru intervensi untuk pendengaran adalah penting bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran bagi menjamin kesejahteraan keseluruhan yang baik.

 

Bagaimana untuk mendapatkan bantuan pendengaran dan implan koklea di Malaysia? 

Alat bantu pendengaran dan implan koklea adalah peranti perubatan yang memerlukan pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia. Alat bantu pendengaran tidak boleh dibeli dan digunakan dengan serta-merta; alat ini harus ditetapkan oleh ahli audiologi yang memegang sijil Pekerja Kesihatan Bersekutu yang didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Ini kerana alat bantu pendengaran disesuaikan dengan hasil ujian pendengaran individu dan keperluan mendengar untuk hasil yang optimum dan memerlukan rehabilitasi pendengaran setelah ditetapkan. Bagi individu dengan kehilangan pendengaran sensorineural yang teruk hingga sangat teruk yang tidak dapat mendapat faedah dari alat bantu pendengaran, implan koklea adalah alternatifnya. Implan ini merangsang saraf pendengaran secara langsung, melangkau bahagian telinga dalam yang rosak dan menyediakan persepsi bunyi. Ahli audiologi akan bekerjasama dengan profesional lain termasuk ENTs, ahli terapi pertuturan, kaunselor, pekerja sosial, dan kakitangan pentadbiran, untuk memastikan pesakit menerima penjagaan berkualiti sepanjang perjalanan implan mereka. 

Menentang salah faham umum dan mengubah persepsi stigmatik adalah penting untuk meningkatkan akses yang saksama kepada penjagaan telinga dan pendengaran. Daftar sekarang untuk menuntut ujian pendengaran percuma dengan ahli audiologi. Terma & Syarat Berlaku.

Share:
ISO Certified Company ISO Certified Company
Nationwide Support Nationwide Support
Customized Hearing Solution Customized Hearing Solution
Board-certified Audiologists Board-certified Audiologists
Satisfaction Guarantee Satisfaction Guarantee
Best in Customer Service Best in Customer Service
Best in Corporate Social Responsibility Best in Corporate Social Responsibility
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!