Menu
Your Cart

Terapi Pertuturan

Terapi Pertuturan

APA ITU TERAPI PERTUTURAN?

Terapi pertuturan ialah program untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan. Rawatan ini dijalankan oleh terapis pertuturan, juga dikenali sebagai ahli patologi pertuturan-bahasa.
Terdapat banyak sebab mengapa terapi pertuturan diperlukan. Terapi pertuturan dilakukan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami:

  • masalah kecacatan semasa kelahiran seperti sumbing pada lelangit atau bibir
  • lain-lain masalah bahasa
  • kelewatan pertuturan
  • masalah pendengaran
  • gagap
  • masalah untuk membina perkataan atau ayat
  • kelewatan perkembangan
 
BILA TERAPI PERLU DIMULAKAN?

Terapi pertuturan yang dimulakan seawal yang mungkin adalah lebih baik. Kanak-kanak yang menjalani terapi sebelum berumur 3 tahun selalunya menunjukkan perkembangan yang lebih cepat dan lebih baik. Kanak-kanak yang lebih berumur mungkin menunjukkan perkembangan yang lebih perlahan kerana mereka perlu belajar untuk mengubah cara mereka menggunakan pertuturan atau bahasa.

KEPUTUSAN UJIAN PENDENGARAN

Terapis pertuturan akan membuat ujian ke atas anak anda untuk menentukan jenis terapi pertuturan dan bahasa yang diperlukan. Terapi tersebut merangkumi latihan dan senaman yang berulang serta penggunaan alatan yang akan membolehkan kanak-kanak bercakap. Terapis pertuturan juga memerlukan penglibatan ahli keluarga dalam penjagaan kanak-kanak tersebut.

Terapis pertuturan menjalankan terapi secara bersemuka dengan anak anda atau di dalam kumpulan kecil. Semasa sesi terapi, anak anda perlu melakukan beberapa aktiviti yang menyeronokkan berdasarkan kesesuaian umur.

  • Latihan bahasa: Semasa latihan ini, terapis akan bermain dan bercakap dengan anak anda. Terapis akan menunjukkan cara yang betul untuk menyebut perkataan tertentu dan anak anda perlu mengulangi perkataan dan ayat tersebut.
  • Latihan artikulasi: Artikulasi bermaksud penghasilan bunyi. Terapis akan membuat latihan bunyi dengan menghasilkan bunyi atau suku kata yang betul dan anak anda perlu mengulang kembali. Anak anda akan ditunjukkan bagaimana bunyi tersebut dihasilkan menggunakan mulut atau lidah. Anak anda boleh menggunakan cermin untuk melihat pergerakan mulut dan lidah semasa penghasilan bunyi tersebut.
  • Latihan relaksasi dan pernafasan: Teknik pernafasan dan latihan relaksasi akan dilakukan untuk membantu anak anda merehatkan otot muka dan mulut

ISO Certified Company ISO Certified Company
Nationwide Support Nationwide Support
Customized Hearing Solution Customized Hearing Solution
Board-certified Audiologists Board-certified Audiologists
Satisfaction Guarantee Satisfaction Guarantee
Best in Customer Service Best in Customer Service
Best in Corporate Social Responsibility Best in Corporate Social Responsibility
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!