Menu
Your Cart

Penilaian dan Pengurusan Tinitus

Penilaian dan Pengurusan Tinitus

Apakah Tinitus?

 

Tinitus ialah persepsi bunyi di telinga atau kepala apabila tiada sumber bunyi luaran. Ia merupakan simptom daripada penyakit itu sendiri. Pesakit mungkin menggambarkannya sebagai bunyi berdering, berdengung, klik, denyutan, atau bunyi lain. Kebanyakan tinitus adalah subjektif iaitu hanya didengar oleh pesakit. Walaubagaimanapun terdapat juga tinitus objektif yang mana ia  boleh didengar oleh orang lain, tetapi ia adalah jarang berlaku.

 

Kedua-dua golongan iaitu dewasa dan kanak-kanak dengan kehilangan pendengaran boleh mengalami tinitus. Punca paling biasa adalah disebabkan oleh jangkitan telinga atau serumen telinga, kehilangan pendengaran sensorineural, dan kehilangan pendengaran yang disebabkan bunyi. Kebanyakan masa, tinitus tidak mempunyai punca yang dapat dikenal pasti.

 

Hubungan Antara Tinitus dan Kehilangan Pendengaran

 

Tinitus dan kehilangan pendengaran sering berlaku serentak, dengan kira-kira 90% individu yang mengalami tinitus juga mengalami beberapa peringkat kehilangan pendengaran. Oleh itu, adalah penting untuk menjalani penilaian pendengaran komprehensif yang dijalankan oleh seorang Audiologis yang disahkan untuk menilai kedua-dua keadaan.

 

Bagaimana Bantuan Dengar Membantu Tinitus

 

Selain daripada terapi bunyi, pengayaan bunyi dan kaunseling, memakai alat bantu dengar juga merupakan satu kaedah untuk mengurangkan gejala tinitus. Banyak individu yang mengalami kehilangan pendengaran dan tinitus telah melaporkan pengurangan berkesan kesan negatif tinitus melalui penggunaan alat bantu dengar. Alat bantu dengar utamanya memperbesar bunyi persekitaran atau mengeluarkan bunyi tahap rendah, mengalihkan perhatian pesakit dari tinitus dan mengurangkan persepsi tinitus.

 

Aturkan temujanji untuk perundingan dengan Audiologis kami hari ini!

Penilaian Otologi dan Audiologi untuk Tinitus

1. Pemeriksaan Otologi:

Pakar ENT akan menjalankan sejarah kes yang terperinci dan pemeriksaan fizikal semasa penilaian awal. Jika punca tinitus boleh dikenal pasti dan dirawat, ia mungkin dapat mengurangkan gejala. Penilaian lanjut seperti MRI atau CT scan mungkin disyorkan untuk menyingkirkan sebarang keadaan yang menyebabkan ianya berlaku.

2. Pemeriksaan Audiologi:

Audiologis akan menjalankan ujian pendengaran komprehensif untuk menilai sama ada kehilangan pendengaran dikaitkan dengan tinitus. "Tinitus Matching" juga akan dilakukan untuk menentukan ciri-ciri tinitus bagi mencadangkan strategi pengurusan atau terapi yang sesuai.

ISO Certified Company ISO Certified Company
Nationwide Support Nationwide Support
Customized Hearing Solution Customized Hearing Solution
Board-certified Audiologists Board-certified Audiologists
Satisfaction Guarantee Satisfaction Guarantee
Best in Customer Service Best in Customer Service
Best in Corporate Social Responsibility Best in Corporate Social Responsibility
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!