Menu
Your Cart

Ujian pendengaran anda

Ujian pendengaran anda

Pemeriksaan pendengaran percuma kami cepat & tidak sakit.

Hubungi kami hari ini di 1800882032 / WhatsApp kami / isi borang temujanji untuk menjadualkan pemeriksaan pendengaran percuma minggu ini! Kami akan mencari masa untuk anda singgah ke pusat pendengaran tempatan pilihan anda untuk pemeriksaan pendengaran pantas.

Pada masa yang sama, cuba ujian pendengaran dalam talian 3 minit kami secara PERCUMA!


ujian pendengaran

Pemeriksaan Pendengaran

1.Penilaian Gaya Hidup
Pertama, pegawai pemulihan pendengaran akan membincangkan tentang sejarah kesihatan pendengaran dan gaya hidup bersama anda. Beliau akan memberi gambaran yang tepat mengenai persekitaran pendengaran dan rutin harian anda: Apakah yang anda lakukan sebagai pekerjaan? Adakah anda gemar mendengar muzik? Adakah anda sering pergi melancong?

2. Ujian Pendengaran
Seterusnya, anda akan menjalani ujian pendengaran dan/atau pertuturan bagi menilai tahap pendengaran di kedua-dua belah telinga anda. Kami akan melakukan pemeriksaan fizikal telinga anda dan menguji pendengaran anda untuk menetahui tahap pendengaran anda di seluruh spektrum bunyi. Kami juga mungkin akan menilai betapa baik kemampuan anda mendengar dalam bunyi bising.
Audiologis anda akan memberi keterangan mengenai keputusan ujian dengan secara terperinci. Sekiranya keputusan ujian anda menunjukkan terdapat masalah pendengaran, Audiologis akan mencadangkan alat bantu dengar yang bersesuaian dengan tahap pendengaran dan keperluan anda, berdasarkan kesimpulan mengenai gaya hidup anda.

3. Percubaan Percuma
Seterusnya, alat bantu dengar pilihan anda akan diprogramkan melalui komputer oleh Audiologis, dalam memastikan ia memenuhi keperluan peribadi dan keputusan ujian pendengaran anda. Selepas itu, anda akan diberi peluang untuk mencuba mendengar dengan alat bantu pendengaran untuk pertama kali dan membawa pulang untuk percubaan percuma. Audiologis anda akan membuat pemeriksaan secara berkala bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan melaraskan tetapan alat bantu pendengaran sekiranya diperlukan.

ISO Certified Company ISO Certified Company
Nationwide Support Nationwide Support
Customized Hearing Solution Customized Hearing Solution
Board-certified Audiologists Board-certified Audiologists
Satisfaction Guarantee Satisfaction Guarantee
Best in Customer Service Best in Customer Service
Best in Corporate Social Responsibility Best in Corporate Social Responsibility
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!