Menu
Your Cart

Ujian Audiometri Di Tempat Kerja

Ujian Audiometri Di Tempat Kerja

Sesetengah orang berisiko kehilangan pendengaran, terutamanya jika persekitaran kerja mereka bising. Pekerja dalam industri pembinaan, syarikat penerbangan dan pengeluaran lebih berisiko kerana berdekatan dengan mesin yang menghasilkan bunyi pada tahap melebihi apa yang dianggap selamat.

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) menetapkan had pendedahan bunyi bising harian sebanyak 85dB A secara purata dalam tempoh bekerja 8 jam. Jika pekerja terdedah kepada bunyi yang lebih kuat daripada had pendedahan yang dibenarkan pada tempoh masa yang lama, mereka mungkin mengalami kehilangan pendengaran yang disebabkan oleh bunyi bising.

Jika pekerja terdedah kepada tahap bunyi bising berlebihan, majikan perlu memberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan kepada pekerja dalam

  1. Kesan pendedahan bunyi dan keperluan untuk menjalani ujian audiometrik
  2. Penggunaan pelindung pendengaran peribadi yang betul seperti penyumbat telinga dan penutup telinga

Ujian Audiometrik & Pelindung Pendengaran Peribadi

20dB Hearing menawarkan perkhidmatan audiometri industri yang komprehensif dan perlindungan pendengaran untuk syarikat yang pekerjanya terdedah kepada tahap bunyi bising berlebihan.

Audiometri Industri

Ujian audiometri ialah ujian pendengaran yang dijalankan terhadap pekerja anda di Pusat Ujian Audiometri oleh juruteknik atau ahli audiologi. Seorang Doktor Kesihatan Pekerjaan (OHD) dilantik oleh kami untuk mentafsirkan keputusan ujian tersebut. Kami akan mengemukakan laporan ujian audiometri kepada majikan dalam masa 30 hari dari tarikh ujian dijalankan.

Jika pekerja didapati mengalami kehilangan pendengaran, majikan perlu

  1. Memaklumkan Ketua Pengarah JKKP berhampiran dalam tempoh 7 hari
  2. Memberi pelindung pendengaran peribadi kepada pekerja tersebut jika tiada yang diberikan sebelum ini
  3. Melatih pekerja dalam penggunaan pelindung pendengaran peribadi

Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019

Pelindung Pendengaran Peribadi (PPP)

Produk PPP kami yang sesuai untuk pekerja adalah Penyumbat Telinga Industri Berat Crescendo. Penyumbat Cresendo ini boleh mengurangkan bunyi bising sebanyak 25dB menjadikannya selamat diguna selama 8 jam berterusan dalam mana-mana persekitaran sehingga 110dB.

Pekerjaan

• Sesuai untuk pelombong dan pekerja kuari
• Sesuai untuk pekerja dalam pembinaan dan pengendali mesin

Manfaat

• Melindungi pekerja anda daripada bunyi bising tetapi membenarkan mereka berkomunikasi dengan rakan sekerja
• Mengurangkan risiko kerosakan kepada pendengaran
• Datang dalam beberapa saiz
• Bunyi semulajadi dan pengudaraan telinga baik kerana apertur penapis lebar mempunyai kain redaman bunyi

ISO Certified Company ISO Certified Company
Nationwide Support Nationwide Support
Customized Hearing Solution Customized Hearing Solution
Board-certified Audiologists Board-certified Audiologists
Satisfaction Guarantee Satisfaction Guarantee
Best in Customer Service Best in Customer Service
Best in Corporate Social Responsibility Best in Corporate Social Responsibility
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!