Menu
Your Cart

Hari Pendengaran Sedunia 2024 - Mengubah Pandangan: Ayuh Jadikan Penjagaan Telinga dan Pendengaran sebagai Kenyataan untuk Semua!


Hampir 2.5 bilion orang dianggarkan mengalami masalah pendengaran, dan sekurang-kurangnya 700 juta akan memerlukan rehabilitasi pendengaran menjelang tahun 2050, menurut fakta Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) . Lebih daripada 80% keperluan penjagaan telinga dan pendengaran di seluruh dunia masih belum dipenuhi. Salah satu faktor utama ialah persepsi masyarakat yang salah termasuk: 

 Masalah pendengaran hanya berlaku kepada warga emas? 

Antara salah faham umum  adalah masalah pendengaran hanya dihadapi oleh warga emas sahaja. Pada hakikatnya, masalah pendengaran boleh memberi impak kepada individu dari semua peringkat umur, termasuk bayi. Masalah pendengaran yang tidak dikesan boleh memberi kesan pada perkembangan pertuturan, bahasa, dan kognitif. Pengesanan awal adalah penting, terutamanya apabila melibatkan bayi, kerana ia membolehkan intervensi tepat pada masanya serta rawatan adalah berbeza bergantung kepada tahap dan puncanya, termasuk dari alat bantu pendengaran, rehabilitasi pendengaran, implan koklea dan terapi pertuturan. Oleh itu, adalah penting bagi semua kanak-kanak untuk menjalani ujian bagi  memastikan mereka mempunyai akses kepada perkhidmatan penting ini. 

Hanya pendedahan berpanjangan kepada bunyi kuat yang boleh menyebabkan masalah pendengaran? 

Pendedahan kepada bunyi kuat seperti bunga api dan letupan senjata boleh merosakkan pendengaran. Penggunaan earbud yang popular boleh menyebabkan masalah pendengaran yang tidak dapat dipulihkan akibat amalan mendengar yang tidak selamat. Untuk mencegah masalah  pendengaran ini, penting untuk menghadkan pendedahan kepada bunyi kuat, mengurangkan kelantangan, atau menjauhkan diri dari sumber bunyi. Jika ini tidak boleh dilakukan, peranti perlindungan pendengaran boleh digunakan. Perlindungan pendengaran memainkan peranan penting dalam melindungi telinga  dari masalah pendengaran disebabkan oleh bunyi. Dapatkan konsultasi dengan ahli audiologi untuk memilih peranti perlindungan pendengaran yang sesuai dengan keperluan anda. 

Adakah masalah pendengaran tidak mempengaruhi aspek kesihatan yang lain?  

Kehilangan pendengaran berkait rapat dengan risiko demensia. Masalah  pendengaran ringan meningkatkan risiko demensia 2 kali ganda, masalah sederhana kali ganda, dan masalah  yang teruk lima kali ganda. Laporan 2020 dari Lancet Commission menyarankan bahawa masalah pendengaran adalah salah satu faktor risiko untuk demensia yang mungkin boleh diubah suai. Kesan masalah pendengaran yang tidak dirawat boleh mengakibatkan isolasi sosial, kecewa dan kemurungan. Justeru intervensi untuk masalah  pendengaran adalah penting bagi menjamin kesejahteraan keseluruhan yang baik. 

 

Bagaimana untuk mendapatkan bantuan pendengaran dan implan koklea di Malaysia? 

Alat bantu pendengaran dan implan koklea adalah peranti perubatan yang memerlukan pendaftaran dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan Malaysia. Alat ini memerlukan preskripsi daripada ahli audiologi yang memegang sijil Pekerja Kesihatan Bersekutu yang berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan. Alat ini disesuaikan berdasarkan keperluan individu dan ujian pendengaran untuk memastikan fungsi optimum,  diikuti dengan sesi rehabilitasi pendengaran. Bagi mereka yang tidak mendapat faedah dari alat bantu pendengaran, implan koklea menyediakan penyelesaian alternatif. Implan ini merangsang saraf pendengaran secara langsung, melangkau komponen telinga dalam yang rosak. Kerjasama melibatkan ahli audiologi, dan professional lain eperti ENTs, terapi pertuturan dan sebagainya memastikan penjagaan menyeluruh kepada pesakit. 

Ketahui lebih lanjut & daftar sekarang untuk ujian pendengaran percuma dengan ahli audiologi. Tertakluk Terma & Syarat.

Share:
ISO Certified Company ISO Certified Company
Nationwide Support Nationwide Support
Customized Hearing Solution Customized Hearing Solution
Board-certified Audiologists Board-certified Audiologists
Satisfaction Guarantee Satisfaction Guarantee
Best in Customer Service Best in Customer Service
Best in Corporate Social Responsibility Best in Corporate Social Responsibility
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!