Menu
Your Cart

Uji pendengaran anda

Uji pendengaran anda

Pemeriksaan Pendengaran Percuma kami Cepat & Tidak Sakit.

Hubungi kami hari ini di 1800882032 / WhatsApp kami / isi borang temujanji untuk menjadualkan pemeriksaan pendengaran percuma minggu ini! Kami akan mencari masa untuk anda singgah ke pusat pendengaran tempatan pilihan anda untuk pemeriksaan pendengaran pantas.

Atau cuba ujian pendengaran dalam talian 3 minit kami secara PERCUMA!

Pemeriksaan Pendengaran

1.Penilaian Gaya Hidup
Pertama, pegawai pemulihan pendengaran akan membincangkan tentang sejarah kesihatan pendengaran dan gaya hidup bersama anda. Beliau akan memberi gambaran yang tepat mengenai persekitaran pendengaran dan rutin harian anda: Apakah yang anda lakukan sebagai pekerjaan? Adakah anda gemar mendengar muzik? Adakah anda sering pergi melancong?

2. Ujian Pendengaran
Seterusnya, anda akan menjalani ujian pendengaran dan/atau pertuturan bagi menilai tahap pendengaran di kedua-dua belah telinga anda. Kami akan melakukan pemeriksaan fizikal telinga anda dan menguji pendengaran anda untuk menetahui tahap pendengaran anda di seluruh spektrum bunyi. Kami juga akan menilai seberapa baik kemampuan anda dalam ujian pendengaran dalm bunyi bising.
Audiologis anda akan memberi keterangan mengenai keputusan ujian dengan secara terperinci. Sekiranya keputusan ujian anda menunjukkan terdapat masalah pendengaran, Audiologis akan mencadangkan alat bantu dengar yang bersesuaian dengan tahap pendengaran dan keperluan anda, berdasarkan kesimpulan mengenai gaya hidup anda.

3. Percubaan Percuma
Seterusnya, alat bantu dengar pilihan anda akan diprogramkan melalui komputer oleh Audiologis, dalam memastikan ia memenuhi keperluan peribadi dan keputusan ujian pendengaran anda. Selepas itu, anda akan diberi peluang untuk mencuba mendengar dengan alat bantu pendengaran untuk pertama kali dan membawa pulang untuk percubaan percuma. Audiologis anda akan membuat pemeriksaan secara berkala bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar dan melaraskan tetapan alat bantu pendengaran sekiranya diperlukan.

ISO Certified Company Syarikat Bertauliah ISO
Nationwide Support Sokongan Seluruh Negara
Customised Hearing Solutions Penyelesaian Pendengaran Tersuai
Board-certified Audiologists Ahli Audiologi yang diperakui oleh Lembaga
Satisfaction Guarantee Jaminan Kepuasan