Menu
Your Cart

Kempen Kemerdekaan yang ke-65 20dB Hearing


Baru baru ini bersempena dengan sambutan hari kebangsaan yang ke-65, 20dB Hearing Sdn Bhd cawangan Kota Bharu telah menganjurkan kempen bergambar bersama Jalur Gemilang. Edisi kempen merdeka kali ini memerlukan pelanggan kami  bergambar bersama Jalur Gemilang di samping memakai alat bantu pendengaran. Setiap penyertaan yang berjaya melayakkan pelanggan kami menebus satu paket bateri secara percuma.

Kempen ini bertujuan menyemarakkan lagi semangat patriotisme dan cintakan negara di samping membentuk keyakian diri dalam memakai alat bantu pendengaran. Masyarakat kita telah disajikan dengan persepsi yang salah berkaitan alat pendengaran. Seringkali pemakaian alat bantu pendengaran hanya dikaitkan denga golongan emas. Walhal, masalah pendengaran ini boleh sahaja berlaku kepada mana mana individu tidak mengira peringkat usia. Oleh itu diharapkan menerusi kempen ini tanggapan masyarakat terhadap masalah pendengaran akan lebih terbuka.

Kempen bergambar bersama Jalur Gemilang telah mendapat sambutan yang memberansangkan dari pelanggan setia kami yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur dan generasi. Jutaan terima kasih diucapkan buat pelanggan setia kami kerana sudi menyertai kempen merdeka anjuran 20dB Hearing Kota Bharu. Diharapkan kita sama-sama terus berkongsi kesedaran dan kebaikan memakai alat pendengaran ini.

Bersempena sambutan kemerdekaan yang ke-65 ini juga kita seharusnya mengambil peluang bersama sama menghayati erti sebenar kemerdekaan tanpa mengira agama, warna kulit dan taraf socioekonomi. Seiring dengan tema Hari Kebangsaan kali ini ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’ kami di 20dB Hearing Sdn Bhd sentiasa teguh bersama dan komited dalam memberikan servis yang terbaik buat pelanggan kami. Pastinya kempen ini telah menyemarakkan lagi suasana kemerdekaan yang seterusnya membentuk perpaduan yang lebih mampan.

 

Nordiyana Che Azid, clinical audiologist 20dB Hearing Kota Bharu

Share:
ISO Certified Company ISO Certified Company
Nationwide Support Nationwide Support
Customized Hearing Solution Customized Hearing Solution
Board-certified Audiologists Board-certified Audiologists
Satisfaction Guarantee Satisfaction Guarantee
Best in Customer Service Best in Customer Service
Best in Corporate Social Responsibility Best in Corporate Social Responsibility
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!