Menu
Your Cart

Risiko Membeli Alat Bantu Pendengaran Atas Talian 


Membuat sebarang pembelian atas talian tidak semudah yang disangka. Pertumbuhan pesat pasaran atas talian dan globalisasi penghantaran memberikan akses yang lebih besar kepada kita sebagai pengguna. Tetapi di sebalik semua kemudahan tersebut, terdapat beberapa peringatan yang harus kita ketahui. Apabila ia melibatkan peranti perubatan seperti alat bantuan dengar, lebih murah tidak semestinya lebih baik. Ramai penjual dalam talian mengiklankan alat amplifikasi mereka sebagai alat bantu dengar untuk menipu pengguna yang tidak berhati-hati. Jangan biarkan mereka mengambil kesempatan keatas anda. Dalam artikel ini, ayuh kenali beberapa sebab mengapa anda perlu mendapatkan alat bantuan dengar anda di pusat pendengaran kami dan bukannya dari kedai atas talian

1. Tiada Ujian Pendengaran Yang Tepat

Alat bantu dengar bukanlah penyelesaian serta merta untuk pendengaran anda. Tanpa penilaian pendengaran yang betul, alat bantu dengar yang dibeli mungkin tidak sesuai untuk anda. Ia perlu diprogramkan mengikut bentuk telinga,tahap pendengaran dan keperluan pendengaran anda. Ujian pendengaran secara diagnostik harus dilakukan untuk memprogramkan alat bantu dengar berdasarkan tahap pendengaran yang berbeza bagi setiap individu. Kebanyakan kedai atas talian hanya menjalankan ujian pendengaran melalui telefon atau laman web untuk pengguna mereka, itupun jika anda bernasib baik kerana kebiasaannya penjual ini tidak menjalankan ujian pendengaran tetapi hanya menghantar peranti tersebut kepada anda tanpa memprogramkannya terlebih dahulu seperti yang sepatutnya. Situasi ini diibaratkan seperti kedai cermin mata atas talian yang menghantar cermin mata kepada anda tanpa mengetahui preskripsi yang sebetulnya. Tambahan pula, jika anda menjalankan ujian pendengaran ini dalam talian, keputusan ujian pendengaran anda mungkin tidak tepat kerana kekurangan penentu ukuran , peralatan yang bersesuaian serta kesan bunyi di sekeliling. Sebenarnya, tahap pendengaran dapat diukur dengan lebih tepat di dalam bilik kalis bunyi dengan peralatan yang bersesuaian. Dengan melakukan ujian pendengaran di pusat pendengaran atau hospital, anda dapat mengetahui jenis dan tahap masalah pendengaran anda serta mendapatkan diagnosis  daripada pakar audiologi yang bertauliah.

Perlu diingatkan bahawa alat bantu dengar bukanlah urusan sekali habis sahaja. Untuk memperolehi manfaat yang maksimum, anda disyorkan untuk menghadiri sesi susulan bersama audiologis yang bertauliah untuk  melaraskan alat bantu dengar anda agar sesuai dengan tahap pendengaran dan gaya hidup anda. Sesi ini biasanya percuma pada satu tempoh masa selepas pembelian jika anda membelinya dari pusat pendengaran. Dengan pembelian dari klinik, pakar audiologi boleh memastikan alat bantu pendengaran anda disesuaikan mengikut keperluan anda. Malangnya, memakai alat bantu dengar tidak semudah seperti memakai cermin mata. Ia memerlukan sedikit masa untuk telinga anda menyesuaikan diri dengan bunyi dari alat bantu dengar tersebut. Oleh itu pakar audiologi akan menetapkan beberapa sesi temu janji susulan untuk kaunseling dan pelarasan alat bantu dengar. Semua ini tidak boleh dijamin apabila anda membeli alat pendengaran dari kedai atas talian. Membeli alat bantu dengar atas talian akan menjadi usaha yang sia-sia serta menyebabkan pembaziran wang jika tidak dipasang dengan betul oleh pakar penjagaan pendengaran.

2. Tiada Percubaan Alat Bantu Dengar

Pelanggan harus mendapatkan pemahaman yang lebih mendalam tentang produk sebelum membeli alat bantu dengar yang sesuai untuk mereka. Ini biasanya memerlukan perbincangan sekurang-kurangnya sejam bersama pakar audiologis yang berkelayakan untuk membuat pilihan alat bantu dengar yang terbaik mengikut keperluan pendengaran, gaya hidup dan belanjawan mereka. Apabila pelanggan membeli alat bantu dengar atas talian, mereka tidak mendapat peluang untuk mencuba alat tersebut sebelum membelinya. Perkara ini boleh menyebabkan penyesalan dari pihak pelanggan apabila mereka menyedari bahawa mereka terpaksa mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk produk berkualiti rendah. Di klinik, kami menyediakan sesi percubaan alat bantu dengar untuk dibawa pulang ke rumah secara percuma khas untuk pelanggan kami. Alat bantu dengar pilihan anda akan diprogramkan melalui perisian pembekal alat pendengaran oleh pakar audiologis agar berpadanan dengan keperluan dan keputusan ujian anda. Pakar audiologis kami juga akan memeriksa secara berkala untuk memastikan prestasi alat bantu dengar tersebut adalah mengikut keperluan pendengaran anda.

3. Tiada Waranti

Pengeluar alat bantu dengar sering menawarkan jaminan apabila produk mereka dijual. Ia sangat penting kerana alat bantuan dengar boleh rosak dan perlu diservis. Waranti ini biasanya berlangsung di mana-mana sahaja dari satu hingga dua tahun selepas dibeli dan ianya hanya sah apabila dijual melalui pembekal yang berlesen sahaja. Memandangkan kebanyakan kedai alat bantu dengar atas talian ini mendapatkan alat mereka dari perantara (bukan terus dari kilang), jadi mereka tidak boleh memberikan sebarang waranti kepada pelanggan mereka apabila pelanggan mereka membelinya. Akhir sekali, berhati-hatilah agar tidak tertipu oleh penjual atas talian yang tidak bereputasi yang menawarkan jaminan palsu.

 4. 20dB Memberi Ketenangan Fikiran

Membeli dari 20dB Hearing akan memberikan ketenangan fikiran. Kami memastikan bahawa pakar audiologis kami dapat menangani kebimbangan dan menjawab persoalan anda sepanjang penggunaan alat bantu dengar ini. Kami boleh membantu anda membuat pilihan untuk membeli alat bantu dengar yang terbaik mengikut gaya hidup dan keperluan pendengaran anda. Pakar audiologi kami sangat berpengalaman, berdedikasi dan berkhidmat berdasarkan dari kampung halaman mereka. Ini kerana kami percaya bahawa pakar audiologi tempatan lebih  memahami pengguna tempatan, dapat berkomunikasi dengan lebih baik dalam dialek yang sama dan melayani pelanggan kami dengan lebih baik. Hal Ini membolehkan kami memberikan sokongan di seluruh Malaysia dan penjagaan kesihatan pendengaran yang lebih baik kepada semua pelanggan kami.

Share:
ISO Certified Company Syarikat Bertauliah ISO
Nationwide Support Sokongan Seluruh Negara
Customised Hearing Solutions Penyelesaian Pendengaran Tersuai
Board-certified Audiologists Ahli Audiologi yang diperakui oleh Lembaga
Satisfaction Guarantee Jaminan Kepuasan
Satisfaction Guarantee
Terbaik dalam Perkhidmatan Pelanggan
Best in Corporate Social Responsibility (CSR)
Terbaik dalam Tanggungjawab Sosial Korporat
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!