Menu
Your Cart

Perlukah individu yang mempunyai masalah pendengaran hanya belajar bahasa isyarat untuk berkomunikasi ?


Lazimnya, masyarakat kita sering beranggapan bahawa anak yang dilahirkan mempunyai masalah pendengaran pasti akan bisu.

Disebabkan itu, kebanyakan ibu bapa akan berasa bimbang apabila mereka mengetahui bahawa anak mereka mempunyai masalah pendengaran. Ibu bapa akan mula mempunyai persoalan adakah anak mereka hanya boleh menggunakan bahasa isyarat untuk bertutur dan belajar. Di awal usia, kanak-kanak amatlah bergantung  pada telinga, mata dan deria lain untuk mula belajar mengenal dunia. Dengan mendengar dan melihat alam sekeliling, mereka akan belajar untuk mengaitkan makna dengan setiap bunyi yang dipelajarinya. Beginilah cara perkembangan bahasa boleh terjadi dalam setiap individu.  

Waktu keemasan bagi perkembangan bahasa kanak-kanak adalah antara umur 6 bulan hingga 3 tahun selepas kelahiran.Jika anak anda masih belum mendapat intervensi awal sepanjang usia ini, kemungkinan besar agak sukar bagi mereka untuk berkomunikasi dan belajar pada tahap yang sama seperti kanak-kanak biasa seusia mereka. Disebabkan ini, kebiasaannya ibu bapa akan mula menghantar anak mereka untuk belajar bahasa isyarat. 

Mempelajari bahasa isyarat ini merupakan satu matlamat yang bagus. Akan tetapi, jika anak anda perlu belajar bahasa isyarat ini semata-mata kerana dia mempunyai masalah pendengaran, mengapa tidak kita cuba untuk memberikan intervensi awal kepada kanak-kanak tersebut? Hal ini kerana, kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang mendapat intervensi awal masih mempunyai kebolehan untuk mendengar dan bertutur 

Antara intervensi awal yang dicadangkan kepada ibu bapa adalah dengan menghantar anak anda seawal mungkin untuk terapi pendengaran dan pertuturan. Pakar audiologis akan menilai dan mencadangkan alat bantu pendengaran yang paling sesuai untuk anak anda. Kemudian pakar audiologis juga akan menjalankan latihan pendengaran bersama kanak-kanak yang memakai alat bantu pendengaran ini supaya mereka dapat mengunakan pendengaran mereka untuk bertutur dan belajar semaksimum mungkin. Sesi terapi petuturan akan diberikan selari dengan terapi pendengaran supaya dapat membantu meningkatkan lagi perkembangan bahasa dan kemahiran berkomunikasi kanak-kanak tersebut.  

Tersangatlah rugi bagi ibu bapa yang mempunyai anak yang ada masalah pendengaran tetapi tidak memanfaatkan tempoh keemasan ini untuk cuba mengajar anak mereka untuk mendengar dengan bantuan alat bantu pendengaran dan sebagainya. Kita bimbang jika kanak-kanak ini tidak mengunakan pendengaran mereka semaksimum yang boleh, kemungkinan besar mereka akan kehilangan kebolehan untuk bertutur seumur hidup mereka.  

Sekiranya anda melihat tanda-tanda seperti si manja anda mungkin mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan, anda boleh mendapatkan khidmat konsultasi bersama pakar audiologis dan pakar terapi pertuturan kami di cawangan 20dB Hearing terdekat anda, Pakar-pakar kami sentiasa bersedia untuk membantu anda.

 

Nor Afiqah, Audiologist 20dB Hearing 

Share:
ISO Certified Company Syarikat Bertauliah ISO
Nationwide Support Sokongan Seluruh Negara
Customised Hearing Solutions Penyelesaian Pendengaran Tersuai
Board-certified Audiologists Ahli Audiologi yang diperakui oleh Lembaga
Satisfaction Guarantee Jaminan Kepuasan
Satisfaction Guarantee
Terbaik dalam Perkhidmatan Pelanggan
Best in Corporate Social Responsibility (CSR)
Terbaik dalam Tanggungjawab Sosial Korporat
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!