Kiriman Terkini

 

MENGAPA PILIH 20DB HEARING

Pada mulanya ia diasaskan oleh dua orang pegawai audiologis, En. Mok Yong Yaw dan Pn. Lim Re Gal pada tahun 2002 di tengah kesibukan ibu kota Kuala Lumpur, kini 20dB Hearing telah berkembang pesat menjadi pusat alat bantu pendengaran teraju dengan memiliki 24 buah cawangan di seluruh negara dan mempunyai lebih 40 orang pegawai audiologis yang berpengalaman luas.

20dB Hearing merupakan sebuah syarikat tempatan yang popular dan berjaya menambat hati orang ramai menerusi servis yang berkualiti tinggi dan program rehabilitasi pendengaran kepada pelanggan. Ia menepati nilai yang diterapkan dalam syarikat iaitu “HEART” (Humble and Honesty, Efficiency, Accountability, Responsibility, Teamwork) yang bermaksud rendah diri, kejujuran, kecekapan, akauntibiliti, tanggungjawab dan kerja berpasukan.

Berjaya melawan persaingan sengit, kelebihan utama yang dimiliki oleh 20dB Hearing adalah: Mempunyai pegawai audiologis yang berpengalaman luas di setiap cawangan, menawarkan khidmat ujian pendengaran untuk orang dewasa dan kanak-kanak, memiliki jaringan sokongan di seluruh negara, menyediakan perkhidmatan percubaan alat pendengaran gred premium yang boleh dibawa pulang ke rumah secara percuma dan menyediakan pelan rancangan pelindungan alat bantu dengar

20dB Hearing merupakan syarikat alat bantu dengar yang pertama di malaysia yang ditauliahkan dengan QMS ISO9001:2015, dan juga merupakan syarikat yang memenangi pelbagai anugerah penghargaan.

AUDIOLOGIS YANG BERKELAYAKAN

20dB Hearing berbangga kerana memiliki sekurang-kurangnya seorang audiologis atau lebih di sesebuah cawangan, berbanding kebanyakan syarikat alat bantu dengar lain di negara ini. Di 20dB Hearing, audiologis kami yang secara purata memiliki 5 tahun kepakaran pengalaman dalam bidang ini bertanggungjawab melakukan ujian diagnostik untuk menilai sama ada seseorang itu mempunyai masalah pendengaran, dan jika ada, pada tahap manakah masalah tersebut. Audiologis ini akan membantu pengguna memilih alat bantu dengar yang sesuai dan menepati keperluan mereka, dan melakukan proses pemasangan alat. Ketika sesi rawatan susulan, audiologis kami akan mendengar perkongsian pengalaman dan maklum balas daripada pengguna, dan jika perlu, mereka akan melakukan pengubahsuaian ketetapan bunyi pada alat bantu dengar tersebut sehinggalah ia dapat berfungsi pada tahap paling optimum untuk pengguna tersebut.

Di 20dB Hearing, para pelanggan akan didiagnosis secara teliti oleh audiologis profesional terlatih, di mana ujian sistematik akan dilakukan untuk mengenal pasti penyebab, punca dan tahap masalah pendengaran seseorang individu.

SOKONGAN DI SELURUH NEGARA

Kebanyakan pusat alat bantu pendengaran di Malaysia tidak dilengkapi dengan peralatan untuk melakukan ujian diagnostik ke atas bayi dan kanak-kanak.

Ramai orang tidak sedar bahawa bayi yang baru lahir juga mempunyai risiko untuk mengalami masalah pendengaran. Maka, amat penting untuk bayi yang baru lahir melakukan proses saringan pendengaran (kini di laksanakan di kebanyakan hospital di Malaysia). Ini untuk memastikan sebarang masalah pendengaran dapat dikesan seawal mungkin agar bayi terbabit dapat menerima rawatan awal yang mampu memberi impak yang besar terhadap kemahiran berkomunikasi dan perkembangan bahasa mereka.

20dB Hearing menyediakan sokongan meluas di seluruh negara menerusi 24 cawangannya di Malaysia. Pelanggan 20dB Hearing yang mempunyai urusan luar dari tempat tinggal atau berpindah boleh pergi ke mana-mana cawangan kami di dalam negara sekiranya mereka memerlukan sebarang servis dan konsultasi. Mereka juga boleh berkunjung ke beberapa cawangan 20dB Hearing untuk mendapatkan pendapat dan cadangan dari audiologis yang berbeza. Setelah mendapatkan alat bantu pendengaran, para pelanggan sentiasa digalakkan untuk hadir kembali ke cawangan kami untuk bertemu dengan audiogis dan menilai tahap keberkesanan alat bantu dengar mereka.

PERCUBAAN ALAT BANTU DENGAR

Untuk mengetahui sama ada sesuatu alat pendengaran itu bersesuaian atau tidak dengan pelanggan, 20dB Hearing menyediakan pakej bawa pulang alat bantu dengar ke rumah secara percuma sehingga 20 hari untuk seseorang pengguna itu merasai sendiri keberkesanan alat bantu dengar tersebut dalam kehidupan sehariannya. Pelanggan boleh mencuba alat bantu dengar tanpa sebarang risiko dan tanggungan. Sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan prestasi alat bantu dengar tersebut, mereka boleh memulangkan semula alat tersebut tanpa sebarang bayaran dan berlalu pergi.

20dB Hearing mengakui bahawa tidak semua orang merasakan alat bantu dengar itu berguna dalam kehidupan. Maka atas sebab itulah menerusi program bawa pulang alat untuk dicuba di rumah beserta ujian pertuturan yang kami sediakan, para pelanggan boleh mengetahui sejauh manakah kemampuan alat bantu dengar itu memberi impak dalam kehidupan seharian mereka agar mereka dapat menilai sendiri adakah apa yang mereka bayar itu berbaloi dengan harganya. Bersempena dengan ini, 20dB menawarkan jaminan pemulangan semula alat bantu dengar dan pembayaran balik dalam tempoh 30 hari.

PELAN PERLINDUNGAN ALAT BANTU DENGAR

Untuk menenangkan hati kepada para pelanggan, pelan perlindungan produk 20dB berfungsi untuk melindungi alat bantu dengar daripada bencana yang tak dijangka seperti kerosakan yang tidak disengajakan, kehilangan atau kecurian. Pelanggan boleh menikmati pembaikan dan penggantian produk secara percuma pada tahun pertama penggunaan, dan mereka boleh memanjangkan tempoh pelan sehingga 3 tahun. Pelan ini tidak ada di mana-mana pusat servis alat bantu dengar yang lain. repair and replacement for the first year and they can extend the plan up to three years. This plan is not found at other hearing service centres.

SISTEM PENGURUSAN KUALITI
SIJIL ISO 9001: 2015

20dB Hearing merupakan syarikat yang pertama dan satu-satunya syarikat alat bantu dengar yang memiliki sijil QMS ISO 9001:2015 di Malaysia. Sijil “International Standard Organisation” ini adalah perakuan sistem pengurusan kualiti untuk sesebuah organisasi yang telah menunjukkan kemampuannya untuk menyediakan produk dan perkhidmatan yang memenuhi harapan pelanggan secara konsisten.

Pensijilan ini sekaligus mencerminkan komitmen 20dB hearing ke arah meningkatkan proses klinikal dan memberikan servis perkhidmatan pelanggan yang berkualiti tinggi. Setiap tahun, 20dB hearing diaudit secara dalaman dan luaran, dan didapati mampu mengekalkan sijil ISO 9001:2015 ini.

Objektif penubuhan
Good Distribution Practice for Medical

adalah untuk memastikan kualiti, keselamatan dan prestasi peralatan perubatan dalam seluruh aspek rantaian pembekalan peralatan perubatan kami, yang merangkumi sumber dan perolehan produk; pengangkutan dan penghantaran; penyimpanan; pemasangan; perkhidmatan selepas jualan; pengesanan; dokumentasi dan amalan penyimpanan rekod.

20dB hearing juga telah dianugerahkan sijil Good Distribution Practice for Medical Devices (GDPMD) dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Asia Pacific
Anugerah Top Excellence 2013

20dB Hearing telah dianugerahkan dengan Asia Pacific Top Excellence Award pada tahun 2013. Majlis luar biasa ini diadakan di Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpur pada 15 Mei 2013.

Sin Chew Business
ANUGERAH EXCELLENCE 2013&2014

20dB Hearing telah dianugerahkan dengan Sin Chew Business Excellence Awards di dalam kategori “Product and Service Quality Excellence Award in 2013” dan kategori “Retail Excellence Award in 2014”. Majlis luar biasa ini telah diadakan di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur pada 8 Oktober 2013 dan di Setia City Convention Centre, Kuala Lumpur pada 26 September 2014.

Malaysia Health & Wellness
ANUGERAH JENAMA 2017

20dB hearing dengan bangganya ingin mengumumkan bahawa alat bantu dengar dengan pengecasan semula yang terkini telah memenangi anugerah berprestij “Malaysia Health & Wellness Brand Awards 2017” di dalam kategori peralatan perubatan. Dianjurkan oleh Sin Chew Daily dan Life Magazines, dan disokong oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, anugerah ini dikurniakan kepada jenama yang memberikan komitmen dalam meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan pengguna. Anugerah ini mengesahkan komitmen berterusan 20dB Hearing dalam menyediakan penyelesaian kepada masalah pendengaran yang meningkatkan kualiti kehidupan dengan cara yang bermakna. Kerana pendengaran itu penting. Ini bukan sahaja dapat meningkatkan reputasi syarikat, malahan ia juga turut menjadikan 20dB Hearing sebagai peneraju utama dalam industri alat pendengaran.

Sokongan daripada Earlab
Untuk proses pembaikian dan servis alat bantu dengar

Di 20dB Hearing, kami menyediakan proses pembaikian dan servis alat bantu dengar yang pantas dengan memiliki makmal tersendiri (EarLab) untuk proses penyelenggaraan alat bantu dengar anda demi memastikan ia tahan lama. Jurutera makmal kami telah dilatih ke tahap standard tertinggi dan mempunyai pengalaman yang meluas dalam penyelenggaraan alat dari pelbagai jenama seperti Unitron, Phonak, Siemens dan ReSound.

SERTAI PASUKAN KAMI

Menyertai keluarga 20dB untuk membantu orang yang mengalami kehilangan pendengaran

Kenapa Pilih 20dB?

Kerana tidak seperti yang lain, kami mempunyai audiologis yang berkaliber di setiap cawangan seluruh negara.

BM