Kiriman Terkini

TANDA-TANDA KEHILANGAN PENDENGARAN

Kebanyakannya masalah pendengaran adalah disebabkan oleh proses penuaan semula jadi. Selain itu, masalah pendengaran juga disebabkan oleh faktor genetik, jangkitan dalam telinga, penyakit, kecederaan traumatik dan terdedah kepada bunyi kuat dalam jangka masa yang lama.

Masalah pendengaran

Biasa

Masalah pendengaran adalah antara masalah kesihatan yang biasa didengar di dalam dunia. Namun, masalah pendengaran ini selalu dipandang ringan, dan ini sangat menyedihkan kerana masalah pendengaran dan kesan sampingan dari segi psikologinya dapat diatasi.

MENDENGAR
TANPA MEMAHAMI

Kehilangan pendengaran bukanlah seperti mendengar bunyi dengan nada dan kelantangan yang rendah, Sebaliknya, anda mungkin menyedari bahawa bunyi lisan tertentu - seperti sh, th dan f - lebih sukar didengari berbanding yang lain. Inilah sebabnya orang yang mengalami masalah pendengaran sering merasakan bahawa mereka dapat mendengar orang bercakap tetapi tidak dapat memahami apa yang di perkatakan.

Tanda-Tanda
Masalah Pendengaran

Sekiranya anda mengesyaki bahawa anda mengalami masalah pendengaran, pertimbangkan soalan-soalan berikut :

  • Adakah anda sering meminta orang lain mengulangi balik percakapan mereka?
  • Adakah anda memilih untuk mendengar TV atau radio lebih kuat berbanding orang lain?
  • Adakah sukar untuk memahami perbualan ketika anda bercakap dengan seseorang?
  • Adakah seringkali anda merasakan orang lain bergumam ketika mereka bercakap dengan anda?
  • Adakah anda menghadapi kesukaran mengikuti perbualan dalam kumpulan

Sekiranya anda menjawab ya untuk salah satu daripada soalan ini, anda mungkin mengalami masalah pendengaran. Sangat penting untuk berjumpa dengan profesional kesihatan pendengaran
, yang dapat membantu anda menentukan jenis dan tahap masalah pendengaran dan tindakan yang boleh anda lakukan .

Anda
TIDAK KESEORANGAN

Sekiranya anda mengalami masalah pendengaran yang tidak dirawat, anda mungkin merasa terasing dan kecewa - seperti kehilangan arah. Mereka yang berada sekeliling anda juga mungkin merasa kecewa. Penting untuk mengetahui bahawa anda tidak bersendirian. Kira-kira 1 dari 100 orang mengalami masalah pendengaran. Walau bagaimanapun, 90% darinya dapat dibantu dengan penggunaan alat pendengaran.

BM