Kiriman Terkini

 

PERKHIDMATAN LAIN

PERKHIDMATAN LAIN


TERAPI PERTUTURAN


APA ITU TERAPI PERTUTURAN?

Terapi pertuturan ialah program untuk membantu kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan. Rawatan ini dijalankan oleh terapis pertuturan, juga dikenali sebagai ahli patologi pertuturan-bahasa.
Terdapat banyak sebab mengapa terapi pertuturan diperlukan. Terapi pertuturan dilakukan untuk membantu kanak-kanak yang mengalami:

  • masalah kecacatan semasa kelahiran seperti sumbing pada lelangit atau bibir
  • lain-lain masalah bahasa
  • kelewatan pertuturan
  • masalah pendengaran
  • gagap
  • masalah untuk membina perkataan atau ayat
  • kelewatan perkembangan
BILA TERAPI PERLU DIMULAKAN?

Terapi pertuturan yang dimulakan seawal yang mungkin adalah lebih baik. Kanak-kanak yang menjalani terapi sebelum berumur 3 tahun selalunya menunjukkan perkembangan yang lebih cepat dan lebih baik. Kanak-kanak yang lebih berumur mungkin menunjukkan perkembangan yang lebih perlahan kerana mereka perlu belajar untuk mengubah cara mereka menggunakan pertuturan atau bahasa.

KEPUTUSAN UJIAN PENDENGARAN

Terapis pertuturan akan membuat ujian ke atas anak anda untuk menentukan jenis terapi pertuturan dan bahasa yang diperlukan. Terapi tersebut merangkumi latihan dan senaman yang berulang serta penggunaan alatan yang akan membolehkan kanak-kanak bercakap. Terapis pertuturan juga memerlukan penglibatan ahli keluarga dalam penjagaan kanak-kanak tersebut.

Terapis pertuturan menjalankan terapi secara bersemuka dengan anak anda atau di dalam kumpulan kecil. Semasa sesi terapi, anak anda perlu melakukan beberapa aktiviti yang menyeronokkan berdasarkan kesesuaian umur.

  • Latihan bahasa: Semasa latihan ini, terapis akan bermain dan bercakap dengan anak anda. Terapis akan menunjukkan cara yang betul untuk menyebut perkataan tertentu dan anak anda perlu mengulangi perkataan dan ayat tersebut.
  • Latihan artikulasi: Artikulasi bermaksud penghasilan bunyi. Terapis akan membuat latihan bunyi dengan menghasilkan bunyi atau suku kata yang betul dan anak anda perlu mengulang kembali. Anak anda akan ditunjukkan bagaimana bunyi tersebut dihasilkan menggunakan mulut atau lidah. Anak anda boleh menggunakan cermin untuk melihat pergerakan mulut dan lidah semasa penghasilan bunyi tersebut.
  • Latihan relaksasi dan pernafasan: Teknik pernafasan dan latihan relaksasi akan dilakukan untuk membantu anak anda merehatkan otot muka dan mulut

PERKHIDMATAN PSIKOLOGI KLINIKAL


APA ITU PSIKOLOGI KLINIKAL?

Ahli psikologi klinikal adalah orang yang pakar dalam penilaian, diagnosis dan rawatan bagi masalah psikologi dan penyakit mental.

BAGAIMANA AHLI PSIKOLOGI KLINIKAL DAPAT MEMBANTU?

Ahli psikologi klinikal telah dilatih untuk menjalankan teknik-teknik dan terapi yang berkesan dalam merawat gangguan kesihatan mental.

Konsultasi dengan ahli psikologi klinikal merangkumi:

  • Perbincangan mengenai isu-isu yang menggangu pesakit
  • Penilaian tahap emosi, kognitif dan tingkah laku
  • Meneroka pemikiran, perasaan dan tingkah laku pesakit serta mengenalpasti asal-usulnya
  • Membantu pesakit untuk mencari jalan terbaik dalam menangani kesukaran yang dihadapi
  • Membantu pesakit untuk membuat perubahan yang dapat meningkatkan kesejahteraan dan kesedaran, dan meredakan masalah yang dihadapi
APA YANG AHLI PSIKOLOGI KLINIKAL DAPAT BANTU?
  • Masalah neurodevelopmental (Autism, ADHD, Masalah Komunikasi, Kelewatan Perkembangan Global, Kecacatan Intelektual, Masalah Pembelajaran Khusus dan lain-lain)
  • Kemurungan
  • Kebimbangan
  • Obsesif-Compulsif & masalah berkaitan
  • Kesukaran berkaitan Tekanan & Trauma
  • Kesukaran berkaitan Personaliti
  • Kurang keyakinan diri
  • Isu berkaitan akademik/persekolahan
  • Konflik keluarga atau rakan sebaya
  • Isu penyesuaian/peralihan
  • Masalah tingkah laku, masalah kawalan & kelakuan impulsif
Maaf, tiada komen setakat ini.

Maaf, bahagian komen sekarang adalah ditutup

BM