Kiriman Terkini

 

SARINGAN PENDENGARAN VS UJIAN PENDENGARAN

SARINGAN PENDENGARAN VS UJIAN PENDENGARAN

Definisi saringan pendengaran:

Ujian cepat dan ringkas yang akan memberi keputusan LULUS atau GAGAL. Anda tidak perlu membuat ujian lanjut sekiranya anda lulus kerana ia bermaksud anda tidak mempunyai masalah pendengaran. Sekiranya anda gagal anda memerlukan ujian yang lanjut untuk memastikan tahap pendengaran dan jenis masalah pendengaran.

 

Definisi ujian pendengaran:

Ujian lengkap pendengaran. Anda perlu berjumpa dengan audiologis untuk membuat ujian ini bagi mengetahui:

  • Jenis masalah pendengaran
  • Tahap pendengaran
  • Punca masalah pendengaran
  • Rawatan yang disediakan

BERAPA KERAPKAH KITA PERLU MENJALANI UJIAN PENDENGARAN ATAU SARINGAN PENDENGARAN?

Bayi:

Ujian saringan pendengaran bayi perlu dilakukan sebelum keluar dari hospital.

 

Kanak-kanak

Perlu mempunyai saringan pendengaran tambahan sebelum mereka memasuki sekolah untuk memastikan tidak ada masalah Bahasa atau pembelajaran di kemudian hari.

 

DEWASA (18-40TAHUN)

Ujian pendengaran hendaklah dilakukan 3-5 tahun sekali walaupun tidak mempunyai simptom masalah pendengaran.

 

Orang yang terdedah kepada bunyi kuat

Terutama mereka yang bekerja di tempat bising. Hendaklah mendapatkan ujian pendengaran tahunan untuk memantau tahap pendengaran kerana kerap terdedah dengan bunyi bising.ini adalah kerana bunyi bising boleh memberi kesan kerosakan kekal kepada organ telinga.

 

Mereka yang berumur 60 tahun dan keatas:

Faktor usia menyebabkan kerosakan pada sel rambut di organ telinga menyebabkan kesukaran untuk memahami pertuturan terutama di tempat bising. Oleh itu, semua dewasa yang berusia 60 tahun dan ke atas hendaklah melakukan ujian pendengaran sama ada mempunyai simptom atau tidak.

 

Mereka yang mempunyai masalah pendengaran:

Hendaklah melakukan ujian pendengaran sekurang-kurangnya setahun 2 kali atau setahun sekali.

Maaf, tiada komen setakat ini.

Maaf, bahagian komen sekarang adalah ditutup

BM