Kiriman Terkini

Soalan Lazim

Masalah Pendengaran

ADAKAH ALAT BANTU PENDENGARAN DAPAT MENYELESAIKAN MASALAH PENDENGARAN?

Ya, alat bantu pendengaran merupakan alat yang digunakan secara meluas dalam mengatasi masalah pendengaran serta masalah komunikasi yang dialami. Kajian menunjukkan sebanyak 93% yang mengalami masalah pendengaran mendapat manfaat daripada penggunaan alat bantu pendengaran dengan bimbingan audiologis. Alat bantu pendengaran menguatkan getaran bunyi yang memasuki telinga. Sel rerambut telinga yang masih sihat akan mengesan getaran bunyi tersebut dan menukarkan ia kepada isyarat saraf yang akan dihantar ke otak. Semakin banyak sel rerambut yang rosak, semakin serius masalah pendengaran yang dihadapi dan seterusnya semakin kuat alat bantu pendengaran menguatkan bunyi. Audiologis yang bertauliah akan menentukan sejauh mana kekuatan bunyi yang diperlukan untuk setiap individu. Tetapi harus diingatkan alat bantu pendengaran tidak akan mengembalikan pendengaran anda yang hilang. Sebaliknya ia dicipta untuk membantu anda mendengar dan memahami pertuturan dengan lebih baik.

BILAKAH SEPATUTNYA SAYA MENDAPATKAN ALAT BANTU PENDENGARAN?

“ Maaf, boleh kuatkan sedikit suara?” Jawapannya adalah “sekarang” sekiranya anda kerap bertanyakan soalan tersebut. Semakin cepat anda menyesuaikan diri memakai alat, semakin bagus hasil yang ada rasai. Sememangnya tiada siapa yang suka memakai alat bantu pendengaran, tetapi cuba fikirkan kesan yang akan anda hadapi sekiranya tidak memakai alat bantu pendengaran dalam komunikasi harian anda. Komunikasi dua hala yang berkesan memerlukan anda dan pasangan anda mendengar dan bertindak balas dengan betul tanpa sebarang salah faham. Oleh itu segera berjumpa dengan audiologis yang bertauliah untuk masalah pendengaran anda.

DENGAN SIAPAKAH SEPATUTNYA SAYA MENDAPATKAN NASIHAT UNTUK PRESKRIPSI DAN PEMAKAIAN ALAT BANTU PENDENGARAN?

Berjumpa dengan Audiologis untuk preskripsi dan pemakaian alat bantu pendengaran. Audiologis merupakan golongan profesional yang mempunyai kepakaran dalam membuat penilaian dan memberi rawatan untuk mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Audiologis adalah orang yang berkelayakan melakukan penilaian ujian pendengaran dan mereka mempunyai ijazah di dalam bidang Audiologi. Audiologis boleh memberikan penilaian menyeluruh, latihan dalam pemakaian alat pendengaran dan penggunaan termasuk memberi kaunseling dalam strategi komunikasi pendengaran. Jangan keliru dengan Audiologis dan Pakar ENT. Pakar ENT adalah doktor yang mempunyai kepakaran dalam merawat masalah telinga, hidung dan tekak. Kebiasaannya, Audiologis dan pakar ENT bekerjasama untuk menyelesaikan masalah pesakit yang berkaitan dengan pendengaran.

BERAPAKAH KOS ALAT BANTU PENDENGARAN?

Terdapat beberapa kos yang perlu diambil kira dalam mendapatkan alat bantu pendengaran iaitu kos alat itu sendiri serta kos sampingan yang lain. Harga alat bantu pendengaran bergantung kepada kecanggihan teknologi alat. Biasanya alat bantu pendengaran digital yang dilengkapi dengan fungsi asas berharga sekitar beberapa ratus sehingga seribu lebih. Manakala alat digital yang lebih canggih mampu mencecah beberapa ribu ringgit. Walaupun begitu, dengan alat digital yang lebih canggih, anda mampu menikmati bunyi yang berkualiti serta kurang mendapat gangguan bunyi bising khususnya di tempat orang ramai. Kos sampingan pula termasuk bateri, bahan pengering, acuan telinga yang perlu ditukar secara berkala dan juga kos membaiki alat selepas tempoh jaminan tamat. Selain itu, audiologis anda mungkin mengenakan caj untuk perkhidmatan audiologi yang disediakan. Walaupun begitu, kos yang dinyatakan amat berbaloi jika di bandingkan dengan masalah komunikasi yang dihadapi.

BETUL KE ALAT BANTU PENDENGARAN NI BISING?

Kebanyakan mereka yang mempunyai masalah pendengaran beranggapan alat bantu pendengaran ini bising kerana mereka tidak dapat bertoleransi dengan bunyi bising persekitaran yang sudah lama mereka tidak dengar akibat daripada pendengaran yang tidak dirawat dalam jangka masa yang lama. Selain itu, teknologi alat bantu pendengaran juga menentukan kualiti bunyi yang dihasilkan. Sebagai contoh litar alat bantu pendengaran jenis analog itu sendiri menghasilkan bunyi bising, yang mana boleh memberi ketidakselesaan kepada pemakai yang seterusnya mempengaruhi pengalaman mendengar. Walaupun begitu, terdapat alat bantu pendengaran jenis digital yang boleh di program mengikut tahap pendengaran individu serta membaik pulih kejelasan bunyi yang 0didengari dan menawarkan pemprosesan bunyi yang lebih cepat di samping meningkatkan kualiti bunyi terutama dalam persekitaran bising. Kami akan mencadangkan alat bantu pendengaran jenis digital yang bersesuaian dengan belanjawan anda, dan membantu anda untuk belajar semula mendengar bunyi. Walaupun begitu, mereka yang mempunyai tahap pendengaran yang normal juga mengalami masalah untuk mendengar dengan jelas di dalam persekitaran yang bising. Akan tetapi, kemampuan untuk fokus pada bunyi penting contohnya pertuturan, boleh dipelajari semula dengan latihan.

ALAT BANTU PENDENGARAN YANG MANAKAH BAGUS UNTUK SAYA?

Alat bantu pendengaran yang bagus bergantung kepada beberapa faktor antaranya tahap pendengaran yang dihadapi, persekitaran khusus yang dikehendaki, penglihatan dan kemampuan fizikal, bentuk dan saiz alat, teknologi alat serta belanjawan yang anda peruntukkan untuk mendapatkan alat bantu pendengaran. Cara yang betul untuk menentukan alat bantu pendengaran yang terbaik buat anda adalah melakukan ujian pendengaran dengan audiologis yang berkelayakan dan seterusnya dapat menerangkan pro dan kontra untuk setiap jenis alat bantu pendengaran. Ia adalah perkara yang biasa untuk sesi tersebut memakan masa selama 1 jam dalam pemilihan alat yang sesuai untuk anda.

DI MANAKAH TEMPAT YANG BETUL UNTUK MENDAPATKAN ALAT BANTU PENDENGARAN ?

Pengguna seharusnya berhati hati dalam mendapatkan servis dan produk yang betul kerana penjualan alat bantu pendengaran di Malaysia masih lagi belum dapat dikawal selia. Terdapat beberapa tip yang berguna untuk panduan anda.

  • Anda disarankan untuk mencari pusat pendengaran yang mempunyai audiologis yang berkelayakan (ijazah). Jangan ragu ragu untuk mengesahkan kelayakan
  • Pusat pendengaran yang profesional akan menyediakan ujian pendengaran yang menyeluruh, nasihat dan penilaian potensi faedah alat pendengaran sebelum pembelian alat.
  • Sebaik baiknya pusat tersebut mampu menawarkan lebih dari satu jenama alat bantu pendengaran tanpa bias.
  • Pastikan anda berhak mendapatkan temu janji berkala.

Tanya sekiranya bayaran dapat dikembaliakn jika alat yang dibeli tidak memuaskan
Kami doakan anda berjaya dalam proses rehabilitasi/pemulihan dan seterusnya menikmati komunikasi yang efektif bersama yang tersayang.

APA ITU PAKAR ENT?

Otolaringologis ( telinga, hidung, tekak atau Pakar ENT) adalah doktor yang mempunyai kepakaran dalam merawat mereka yang mempunyai masalah telinga, hidung, tekak, kepala, dan leher. Pakar ENT merawat mereka yang memerlukan ubat dan yang akan menjalani pembedahan.

APAKAH JENIS TEKNOLOGI ALAT BANTU PENDENGARAN YANG ADA?

Terdapat tiga jenis alat bantu pendengaran. Antaranya adalah:

TEKNOLOGI ANALOG – Teknologi yang wujud selama beberapa dekad lamanya. Teknologi analog adalah teknologi asas yang menawarkan kemampuan penyesuaian yang terhad.

TEKNOLOGI PROGRAM SECARA DIGITAL- Teknologi alat bantu pendengaran yang sederhana. Sebenarnya ia adalah analog unit secara digital yang dikawal oleh komputer di dalam pejabat.

TEKNOLOGI DIGITAL- Teknologi alat bantu pendengaran yang paling canggih. Alat pendengaran digital adalah 100% digital. Secara ringkasnya, ia adalah komputer yang lengkap dengan sendirinya. Teknologi digital membolehkan audiologis mengawal semaksimum mungkin kualiti bunyi dan ciri ciri pemprosesan bunyi. Audiologis dengan mudahnya dapat mengawal parameter mengikut apa yang perlu didengar dan apa yang mahu dengar. Seiring dengan teknologi, terdapat banyak ciri-ciri yang canggih seperti pembatalan tindak balas, pembatalan bunyi bising dan mikrofon berarah. Alat pendengaran digital sekarang adalah yang paling bagus dalam memenuhi keperluan masalah pendengaran.

PENDENGARAN BINAURAL: ADAKAH SAYA MEMERLUKAN SEPASANG ALAT BANTU PENDENGARAN?

Mendengar dengan dua belah telinga adalah normal seperti mana kita melihat melalui dua belah mata kita. Secara asalnya, sepasang alat pendengaran diperlukan jika kedua dua belah telinga yang mempunyai masalah pendengaran mampu mendapat manfaat daripada penggunaan alat tersebut. Ada hikmah kita dilahirkan dengan dua belah telinga. Kita mempunyai dua belah telinga kerana kita memerlukan kedua duanya. Kita tidak boleh berharap dapat mendengar dengan baik jika kita hanya cuba menguatkan bunyi di sebelah telinga sahaja. Malahan, alat bantu pendengaran yang paling bagus pun tidak mampu menghasilkan kesan yang efektif sekiranya dipakai di sebelah telinga sahaja.

Terdapat beberapa faedah memakai alat di kedua dua belah telinga dan masalah yang dihadapi jika memakai alat di sebelah telinga sahaja – walaupun sesungguhnya anda merupakan calon penguat binaural.

  • Kualiti bunyi yang lebih baik secara menyeluruh.
  • Mendengar pertuturan dengan lebih jelas di dalam situasi yang mencabar seperti perhimpunan awam dan tempat yang bising.
  • Pengesanan arah bunyi (kebolehan mengesan arah mana datangnya bunyi). Ini adalah penting terutamanya dalam mengenal pasti arah bunyi amaran seperti bunyi trafik dan siren untuk kita bertindak balas.
  • Pendengaran yang lebih seimbang.
  • Kebolehan untuk mendengar setiap arah bunyi tidak mengira dari bahagian telinga yang bagus atau tidak bagus.

Kita tidak dapat mendengar dengan baik jika hanya menggunakan sebelah telinga. Kajian menunjukkan kanak kanak yang mendengar hanya di sebelah telinga sepuluh kali lebih berisiko mengulangi pembelajaran berbanding kanak kanak yang mendengar secara normal di kedua dua belah telinga. Tambahan pula jika anda mempunyai masalah pendengaran di kedua dua belah telinga dan hanya memakai alat di sebelah telinga sahaja, kebolehan mengenal pasti perkataan di bahagian yang tidak di bantu akan merosot dengan cepat berbanding dengan telinga yang dibantu.

ADAKAH MEMAKAI ALAT MEMBUATKAN PENDENGARAN SAYA SEMAKIN MEROSOT?

Tidak, alat bantu pendengaran tidak merosakkan pendengaran anda. Sekiranya anda memakai alat bantu pendengaran dengan kerap, anda akan merasa tidak lengkap jika tidak memakai alat kerana anda sudah terbiasa dengan bunyi yang didengari melalui alat. Prinsip sistem pendengaran adalah samada kita gunakan pendengaran yang masih ada atau kita akan kehilangan pendengaran tersebut. Semakin lama telinga yang tidak dibantu dibiarkan, semakin merosot kemahiran mendengar dan pemahaman sesuatu ayat. Belajar semula untuk mendengar memakan masa yang lama dan prosesnya akan semakin sukar.

BETUL KE BUNYI BISING LAGI KUAT BERBANDING BUNYI ORANG BERCAKAP BILA MEMAKAI ALAT BANTU PENDENGARAN?

Alat bantu pendengaran menguatkan setiap bunyi yang ditangkap masuk oleh mikrofon termasuk bunyi bising. Pada permulaan, anda mungkin agak keliru kerana setelah sekian lama telinga anda tidak dirangsang dengan bunyi. Ini adalah kerana otak kita hanya lupa mentafsir bagaimana bunyi itu di dengari dan bagaimana cara untuk menapis bunyi yang tidak penting. Anda perlu melatih otak untuk menapis bunyi yang tidak penting dan fokus terhadap bunyi yang ingin didengari. Anda mungkin perlu melaraskan bunyi alat pendengaran pada tahap yang rendah untuk mengurangkan bunyi persekitaran yang bising. Ini adalah kerana di dalam suasana yang bising orang sekeliling akan cuba menguatkan suara agar dapat didengari.

Anda mesti belajar semula untuk memproses bunyi serta menapis bunyi yang penting dan tidak penting. Harus diingatkan, mereka yang mempunyai tahap pendengaran yang normal juga mengalami masalah untuk mendengar dengan jelas di dalam persekitaran yang bising. Walaubagaimanapun, kebolehan untuk fokus kepada bunyi boleh dipelajari kembali dengan praktis.

Hasil daripada kecanggihan teknologi, sesetengah alat pendengaran dilengkapi dengan ciri ciri istimewa untuk menguatkan bunyi yang diingini serta mengurangkan bunyi bising yang masuk. Ciri ciri tersebut adalah ‘directional microphone’ dan litar pengurangan bunyi bising. Sila dapatkan penerangan terperinci daripada audiologis anda mengenai ciri ciri tersebut.

BERAPA LAMAKAH JANGKA HAYAT ALAT BANTU PENDENGARAN?

Banyak faktor yang mempengaruhi jangka hayat alat. Ini adalah termasuk cara anda mengendalikan alat, membersih alat secara berkala, persekitaran di tempat kerja, kimia badan ( perpeluhan ) dan kelembapan iklim (jangka hayat semakin pendek di kawasan yang berkelembapan tinggi)

Secara mekanikal, jangka hayat alat mampu bertahan selama beberapa tahun dengan penjagaan yang baik. Walaubagaimanapun, keperluan untuk menukar komponen alat serta penambahbaikan elektronik yang berterusan memendekkan jangka hayat alat kepada 3 hingga 5 tahun. Walaupun alat tersebut mampu bertahan lama, kecanggihan teknologi dan keinginan untuk mendapatkan teknologi yang lagi baik menyumbang kepada faktor jangka hayat tersebut.

Namun apabila kos membaiki alat terlalu tinggi, ini boleh dijadikan indikasi untuk mendapatkan alat yang baru.

ADAKAH SAYA BOLEH MENGGUNAKAN TELEFON SEMASA SAYA MENGGUNAKAN ALAT BANTU DENGAR?

Oleh kerana negara kita belum lagi mempunyai perkhidmatan ‘telecoil’ dalam penggunaan telefon, ia mungkin boleh menimbulkan masalah. Salah satu cara adalah dengan mendekatkan ganggang telefon hampir dengan mikrofon alat bantu pendengaran ( tidak perlu terlalu dekat agar tidak menimbulkan tindak balas bunyi bunyi atau ‘feedback’). Anda juga boleh mempertimbangkan untuk menggunakan pad telefon sekiranya anda memakai alat bantu dengar berbentuk ‘custom made’. Ia berfungsi untuk mengurangkan tindak balas bunyi dan boleh menggunakan telefon seperti biasa.

Sebagai alternatif, anda boleh membeli telefon khas yang mempunyai perkhidmatan ‘telecoil’. Dengan cara itu, anda boleh menggunakan telecoil dalam alat bantu pendengaran untuk berkomunikasi tanpa mendapat gangguan bunyi persekitaran. Namun di nasihatkan untuk berbincang dengan ahli audiologis anda mengenai alat bantu dengar dan penggunaan telefon menggunakan telecoil.

Atau anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk menggunakan telefon dengan menguatkan kelantangan bunyi; untuk mendapat pendengaran yang lebih jelas. Oleh itu, ahli audiologis anda akan preskripsi anda dengan alat yang sesuai mengikut keperluan pendengaran dan gaya hidup anda.

JANGKAAN YANG REALISTIK

Alat bantu pendengaran (ABP) boleh berfungsi dengan baik apabila disesuaikan dengan betul mengikut tahap pendengaran. ABP fungsinya menguatkan suara! Anda mungkin menyukai alat bantu pendengaran dan merasakan pendengaran menjadi lebih baik. Alat bantu dengar kiri dan kanan preskripsinya berlainan dan mungkin tidak sesuai untuk di pakai berlainan telinga . Alat bantu pendengaran harus bersesuaian mengikut fizikal dan kualiti suara. Alat pendengaran tidak memulihkan pendengaran menjadi normal dan mungkin tidak sebaik pendengaran biasa. Sebelum anda terbiasa, suara anda akan terdengar "lucu" ketika anda memakai alat bantu pendengaran. Alat pendengaran tidak digalakkan untuk dipakai di dalam persekitaran yang sangat bising. Namun terdapat sesetengah ABP mempunyai ciri-ciri yang menjadikan persekitaran yang bising rasa selesa; akan tetapi ia tidak dapat membantu menghilangkan bunyi persekitaran secara terus.

ALAT BANTU PENDENGARAN SAHAJA TIDAK MENCUKUPI

Untuk berkomunikasi secara berkesan, anda perlu menggunakan telinga dan mata sepenuhnya dan mungkin tidak dapat berkomunikasi dengan baik jika menggunakan alat bantu pendengaran sahaja. Untuk mendapatkan komunikasi yang optimum, gerak-geri mulut, bahasa badan dan ekspresi wajah juga perlu diambil kira. Selain itu, di nasihatkan untuk merapatkan jarak antara pembicara dan pendengar, mengurangi atau menghilangkan suara latar/persekitaran bising dalam lingkungan mendengar dan menggunakan pencahayaan yang baik. Sekiranya seseorang bercakap dengan anda daripada ruang bilik lain, semasa radio dihidupkan, disertakan kanak-kanak bermain di sisi, adalah sangat sukar untuk berkomunikasi secara efektif, walaupun menggunakan alat bantu pendengaran yang hebat.

BAGAIMANA UNTUK SAYA TAHU JIKA SAYA MEMPUNYAI MASALAH PENDENGARAN

Antara tanda mempunyai masalah pendengaran termasuk:

  • Meminta orang lain untuk mengulanginya dengan kerap
  • Kesukaran untuk mengikuti perbualan dengan bunyi latar yang bising atau dalam situasi berkumpulan
  • Merasakan suara kanak-kanak dan wanita sukar untuk didengari
  • Menguatkan TV atau radio lebih kuat daripada biasa

Penilaian kendiri pendengaran harapnya dapat membimbing anda melakukan penilaian awal dan membantu menentukan sama ada anda harus menghubungi kami untuk mendapatkan bantuan/saranan yang lebih lanjut.

BOLEHKAH SAYA MENCUBA ABP SEBELUM MEMBELINYA SENDIRI?

Kami menawarkan program percubaan sebelum anda membeli secara sendiri. Program ini membolehkan anda mencuba dan membawa pulang ABP yang mempunyai tahap prestasi yang berbeza dalam situasi pendengaran yang sebenar . Anda sendiri yang akan memutuskan prestasi teknologi yang paling sesuai - sebelum membuat pembelian alat. Ahli audiologis kami akan menyesuaikan alat bantu pendengaran mengikut tahap pendengaran; yang memberikan keselesaan dan suara yang optimum sehingga anda dapat merasakan pengalaman untuk pemakaian secara harian.

ADAKAH ABP DAPAT MENGEMBALIKAN PENDENGARAN MENJADI NORMAL SEPERTI CERMIN MATA?

Alat bantu pendengaran tidak dapat mengembalikan pendengaran menjadi normal. Walaupun bunyi kedengarannya lebih kuat, bunyi yang kuat itu masih dihantar ke sel-sel rambut yang sudah rosak di dalam organ koklea. Memasang alat bantu pendengaran pada masalah pendengaran sensorineural (sel-sel rambut organ yang rosak) adalah seperti memasang cermin mata pada seseorang yang mengalami kerosakan pada retina. Namun untuk pemasangan bagi masalah pendengaran konduktif, di mana sel-sel rambut masih utuh, ia lebih kurang sama dengan pemasangan cermin mata. Kesimpulannya, sel-sel rambut yang rosak tidak dapat diganti menjadikan ABP hanya dapat meningkatkan kemampuan anda untuk mendengar dan dapat meningkatkan kualiti hidup menjadi lebih baik.

ADAKAH SUKAR UNTUK MEMBIASAKAN MEMAKAI ABP?

Memakai alat bantu pendengaran untuk pertama kali menghendaki anda untuk mempelajari semula cara mendengar; dan anda boleh menjangkakan penyesuaian dalam pemakaian untuk jangka masa yang pendek. Namun diingatkan, pengalaman ini mungkin akan berbeza bagi setiap orang. Anda boleh berbincang dengan ahli audiologis anda mengenai sebarang masalah yang dialami. Bersabarlah dan terus berusaha - anda pasti akan menikmati faedahnya pada masa akan datang.

ADAKAH ABP BOLEH MENYEBABKAN TINITUS MENJADI TERUK?

Tidak. Ramai yang menghidapi tinitus mengalami kelegaan selepas memakai alat bantu pendengaran. Sekiranya anda mengalami perubahan dalam tinnitus anda, dikehendaki segera menghubungi kami.

ADAKAH TELINGA SAYA AKAN MENJADI SAKIT SETELAH SEHARIAN MEMAKAI ABP?

Apabila anda mula memakai alat bantu pendengaran, telinga anda mungkin akan mengalami ketidak-selesaan ketika anda sedang menyesuaikan diri. Sekiranya kesakitan ini berterusan setelah beberapa minggu, berbincang dengan ahli audiologis anda dalam menentukan sama ada alat pendengaran anda memerlukan sebarang perubahan yang lebih lanjut.

BERAPAKAH JANGKA HAYAT BATERI ABP?

Hayat bateri bergantung pada jangka masa anda memakai alat bantu pendengaran anda, ukuran alat bantu pendengaran anda, jenis litar yang anda miliki, dan ukuran bateri yang anda gunakan. Boleh bertanya kepada ahli audiologis anda mengenai jangka hayat bateri dengan lebih lanjut dan boleh rujuk panduan alat bantu pendengaran anda untuk maklumat tambahan.

MENGAPA ADA BUNYI SIULAN (WHISTLE) DALAM TELINGA SAYA SETELAH MEMAKAI ABP?

Dirujuk sebagai tindak balas bunyi (feedback), siulan boleh berlaku kerana alat pendengaran anda dimasukkan dengan posisi yang kurang betul atau kelantangan bunyi anda terlalu tinggi. Boleh berbincang dengan ahli audiologis anda, yang akan menentukan sama ada alat pendengaran anda memerlukan penyesuaian/perubahan lebih lanjut.

ADAKAH ABP DAPAT MENGEMBALIKAN PENDENGARAN MENJADI NORMAL SEPERTI CERMIN MATA?

Alat bantu pendengaran tidak dapat mengembalikan pendengaran menjadi normal. Walaupun bunyi kedengarannya lebih kuat, bunyi yang kuat itu masih dihantar ke sel-sel rambut yang sudah rosak di dalam organ koklea. Memasang alat bantu pendengaran pada masalah pendengaran sensorineural (sel-sel rambut organ yang rosak) adalah seperti memasang cermin mata pada seseorang yang mengalami kerosakan pada retina. Namun untuk pemasangan bagi masalah pendengaran konduktif, di mana sel-sel rambut masih utuh, ia lebih kurang sama dengan pemasangan cermin mata. Kesimpulannya, sel-sel rambut yang rosak tidak dapat diganti menjadikan ABP hanya dapat meningkatkan kemampuan anda untuk mendengar dan dapat meningkatkan kualiti hidup menjadi lebih baik.

ADAKAH ABP BOLEH MEMBANTU UNTUK MENDENGAR DALAM PERSEKITARAN BUNYI YANG BISING?

Alat pendengaran digital menawarkan sistem mikrofon yang boleh memproses suara dengan mengurangkan sebanyak mungkin bunyi latar/persekitaran yang bising. Walau bagaimanapun, kebisingan tidak dapat di hilangkan sepenuhnya oleh alat bantu pendengaran, dan memelihara kebisingan persekitaran juga dapat menjadikan pengalaman mendengar lebih semula jadi.

Adakah Kami menjawab Persoalan Anda?





    BM