Kiriman Terkini

 

IMPLAN KOKLEA

APA ITU IMPLAN KOKLEA?

Advanced Bionics telah mempunyai sistem implan koklea yang paling canggih di dunia untuk membantu anda atau orang yang tersayang mendengar semula – atau merasai pengalaman mendengar untuk pertama kali.

Masalah pendengaran telah memberi impak kepada jutaan orang terdiri daripada pelbagai umur di seluruh dunia. Majoriti daripada mereka, alat bantu dengar mampu untuk menyelesaikan masalah pendengaran, tetapi jika anda atau orang yang tersayang mengalami masalah pendengaran yang teruk, alat bantu dengar hanya mampu memberikan sedikit atau tidak membantu anda untuk mendengar kembali.

Jika masalah ini berlaku, anda harus mempertimbangkan untuk mengunakan implan koklea. Implan koklea adalah sejenis alat perubatan berteknologi tinggi yang telah digunakan oleh jutaan manusia di seluruh dunia sebagai salah satu cara untuk mengembalikan semula kebolehan mendengar.

APA ITU SISTEM IMPLAN KOKLEA?

Implan koklea adalah alat perubatan yang sangat berteknologi tinggi dan merupakan satu-satunya alat yang mampu untuk mengembalikan fungsi salah satu daripada lima deria manusia.

Implan koklea merupakan solusi alternatif yang berkesan selain alat bantu dengar. Hal ini kerana, implan koklea tidak menguatkan bunyi seperti alat bantu dengar, tetapi ia menukarkan bunyi yang diterima kepada stimulasi elektrik dan menyalurkannya terus kepada otak supaya anda mampu mendengar semula.

Cochlear Implant Malaysia

APAKAH KOMPONEN YANG TERDAPAT DALAM IMPLAN KOKLEA?

Terdapat 2 jenis komponen utama di dalam sistem implan koklea. Komponen bahagian dalam dikenali sebagai implan. Manakala komponen bahagian luar pula dikenali sebagai pemproses bunyi, iaitu komponen yang boleh dipakai di belakang telinga.

BAGAIMAN SAYA NAK TAHU JIKA IMPLAN KOKLEA BOLEH MEMBANTU SAYA?

Anda mungkin tidak dapat mendengar dengan baik menggunakan alat bantu dengar anda. Sebagai contoh, anda menghadapi masalah untuk mendengar dalam suasana bising, berbual dengan orang tersayang melalui telefon, mendengar musik kesukaan atau menghadapi masalah untuk bekerja dengan baik di tempat kerja.

Anda boleh tahu jika anda merupakan calon yang sesuai untuk implan koklea dengan menjawab beberapa soalan berikut. Sila berbual dengan pakar pendengaran kami untuk maklumat yang lebih lanjut!

Dapatkan alat bantu dengar yang terbaik dengan bantuan pakar audiologis yang bertauliah dan berkelayakan secara percuma.

Mulakan dengan menghubungi 1800882032 atau WhatsApp atau isi borang Buat Janji Temu dan wakil kami akan menghubungi anda secepat mungkin.

Maaf, tiada komen setakat ini.

Maaf, bahagian komen sekarang adalah ditutup

BM