Kiriman Terkini

 

UJIAN PENDENGARAN GOLONGAN DEWASA

UJIAN PENDENGARAN GOLONGAN DEWASA

Masalah pendengaran dapat memberi impak bukan sahaja kepada kemampuan untuk mendengar - ia boleh memudaratkan kualiti kehidupan. Ujian pendengaran adalah permulaan untuk pemulihan, dan sangat penting untuk menentukan langkah seterusnya jika anda mempunyai masalah pendengaran. Ujian pendengaran yang teliti dijalankan dapat membantu kami untuk memberikan pelan pemulihan pendengaran yang dapat memenuhi keperluan pendengaran anda

UJIAN PENDENGARAN GOLONGAN DEWASA

Masalah pendengaran dapat memberi impak bukan sahaja kepada kemampuan untuk mendengar - ia boleh memudaratkan kualiti kehidupan. Ujian pendengaran adalah permulaan untuk pemulihan, dan sangat penting untuk menentukan langkah seterusnya jika anda mempunyai masalah pendengaran. Ujian pendengaran yang teliti dijalankan dapat membantu kami untuk memberikan pelan pemulihan pendengaran yang dapat memenuhi keperluan pendengaran anda

Langkah pertama: Ujian Otoskopi

Audiologis kami akan menjalankan ujian otoskopi untuk melihat samada masalah pendengaran anda melibatkan kerosakan saluran lubang atau gegendang telinga. Audiologis akan menggunakan instrumen khas yang dinamakan otoskopi atau video otoskopi untuk memeriksa kondisi bahagian telinga luar

Langkah kedua: Ujian pendengaran

Seterusnya, audiologis akan menentukan tahap dan jenis pendengaran anda. Ujian pendengaran komprehesif ini akan dijalankan oleh pegawai pemulihan pendengaran yang berkelayakan, antara komponen ujian yang bakal dijalankan:

    • Otoscopy – A visual examination of the ear canals (our video otoscopes allows you to see inside your own ears)
    • Audiometri - Ujian ini akan dijalankan dalam bilik kedap bunyi yang akan menguji kebolehan seseorang individu untuk mendengar variasi frekuensi bunyi yang diberikan. Pertuturan juga akan digunakan untuk menguji samada individu mengalami kesukaran untuk mendengar di kawasan sunyi atau bising.
    • Tympanotmetri - Ujian ini tidak memerlukan tindak balas dari pesakit dan juga cepat untuk dijalankan. Ujian ini akan memberi keputusan mengenai status tekanan telinga tengah dan juga pergerakan gegendang telinga serta tulang di telinga tengah.
    • Pelepasan Otoakustik - Ujian ini mengakses status sel rambut di dalam koklea. Ujian ini juga tidak memerlukan tindak balas dari pesakit. Ia boleh dilakukan dalam keadaan pesakit tidur ataupun sedar. Variasi bunyi pelbagai frekuensi akan diberikan dan mikrofon akan menangkap respons dari sel rambut koklea
Langkah ketiga : Pilihan pemulihan

Alat Bantu Pendengaran

Pemilihan alat bantu pendengaran akan dilakukan mengikut kesesuaian keperluan gaya hidup anda berdasarkan teknologi yang terkini serta bentuk yang unik menepati keputusan ujian pendengaran anda. Komponen asas yang terdapat dalam alat bantu pendengaran ini adalah mikrofon, amplifier, receiver, dan pemprosesan terkecil. Keberkesanan alat bantu pendengaran anda adalah gabungan daripada kepakaran professional, perisian luaran dan dalaman.

Pembedahan dan Implan

Teknologi terkini dalam perubatan membolehkan pembedahan dilakukan dengan memasukkan peranti untuk membantu pemulihan pendengaran. Ditambah dengan bantuan kemahiran pembacaan bibir, ini sekaligus dapat membantu pesakit membezakan sesetengah bunyi. Selalunya, untuk pemilihan alat bantuan pendengaran jenis implan sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah pendengaran tahap sangat teruk atau “dead ear” yang mana alat bantuan pendengaran biasa tidak dapat memberi manfaat dalam mengubah kualiti pendengaran.Antara jenis pembedahan impan ini adalah:

            • Koklea implan
            • Implan telinga tengah
            • Alat bantuan pendengaran “bone-anchored”
            • Implan auditori pangkal otak
            • Pembelajaran dan kaunseling - Keputusan ujian yang dilakukan akan dijelaskan secara mudah dan terperinci. Keperluan untuk ujian serta evaluasi yang lebih lanjut, rawatan yang bertepatan, kesan kehilangan pendengaran terhadap individu serta ahli keluarga dan keberhasilan pemulihan juga akan diterangkan. Jika alat bantuan pendengaran dicadangkan, demonstrasi semasa akan ditunjukkan untuk mengenal pasti kehilangan pendengaran serta potensi untuk pemulihan pendengaran
Maaf, tiada komen setakat ini.

Maaf, bahagian komen sekarang adalah ditutup

BM