Kiriman Terkini

KEUTAMAAN KAMI

20dB Hearing menyediakan rangkaian pusat alat bantu dengar di seluruh Malaysia yang selesa dan memberi kemudahan kepada para pelanggan. Kami di sini sentiasa berusaha mencari pelbagai kaedah inovatif demi memberi layanan yang lebih baik buat anda.

Kami berdedikasi untuk menjadi pusat alat bantu dengar profesional yang menyediakan program rehabilitasi secara peribadi kepada mereka yang mempunyai masalah pendengaran.

“Kerana tidak seperti yang lain, kami mempunyai pegawai Audiologis yang berdedikasi di setiap cawangan seluruh negara.”

Kami mempunyai matlamat untuk menjadi pusat rehabilitasi pendengaran dan alat bantu dengar pilihan utama di Malaysia. Misi kami adalah untuk mewujudkan rangkaian pusat alat bantu pendengaran yang mempunyai audiogis berkelayakan di seluruh negara dan untuk memberi kesedaran mengenai masalah pendengaran dan rehabilitasi alat pendengaran.

PENUBUHAN
20dB Hearing

Pada Tahun 2002

Encik Mok Yong Yaw, pengasas syarikat 20dB Hearing Sdn Bhd menyedari bahawa ramai orang yang mempunyai masalah pendengaran tidak tahu kepada siapa dan ke mana tempat mereka perlu tuju untuk menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Pada masa itu, tidak banyak pusat alat bantu dengar yang dikendalikan secara profesional di Malaysia.
Ini telah mencetuskan idea untuk menubuhkan pusat alat bantu dengar profesional di seluruh negara yang di kendalikan oleh Audiologis yang bertauliah, dan cawangan pertama telah dilancarkan di Taman Maluri pada tahun 2002. 20dB Hearing dahulunya dikenali sebagai Gnosis Professional Hearing Services pada awal penubuhannya di Kuala Lumpur

TAHUN SETERUSNYA

Cawangan yang kedua telah dibuka di Seremban dan 20dB Hearing terus melebarkan sayapnya ke seluruh negara dalam tempoh beberapa tahun kemudiannya. Encik Mok Yong Yaw berjaya merekrut sekumpulan audiologis terawal untuk bekerja bersamanya, termasuklah mereka yang ketika itu bekerja di Singapura, untuk membantu mengembangkan syarikat. Falsafah 20dB Hearing adalah untuk memudahkan golongan yang mempunyai masalah pendengaran mendapatkan akses kepada produk dan servis terbaik daripada audiogis yang bertauliah.
“Para pegawai audiologis di 20dB Hearing merupakan audiologis yang berpengalaman luas dan berdedikasi tinggi. Hampir kesemua audiologis yang bertugas di cawangan masing-masing merupakan anak tempatan yang berasal daripada kawasan tersebut. Kami menitikberatkan audiologis tempatan, kerana mereka pastinya lebih memahami perilaku dan kemahuan pelanggan dari kawasan tersebut, lebih mudah berinteraksi mengikut dialek dan loghat masing-masing, dan mampu memberi servis yang konsisten kepada pelanggan tempatan untuk jangka masa panjang.”

Latar Belakang
PENGASAS

Mok Yong Yaw merupakan pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat 20dB Hearing. Beliau juga merupakan Audiologis senior.Beliau menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Ijazah Sarjana Muda Audiologi (Kepujian) pada tahun 2000. Beliau mempunyai kepakaran dalam bidang “Speech Audiometry”, pemasangan alat bantu pendengaran dan sesi kaunseling. Selepas menamatkan pengajian di UKM, beliau bekerja sebagai pegawai Audiologis di syarikat Siemens Medical Instruments Pte Ltd dari tahun 2000 hingga 2003. Beliau juga merupakan penyelia klinikal sambilan di Klinik Audiologi UKM pada tahun 2001 hingga 2005. Pada tahun 2008, beliau memperoleh Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari The University of Melbourne. Kini, beliau beroperasi di ibu pejabat 20dB Hearing di Kuching.

TONGGAK SEJARAH TENTANG KAMI

SERTAI PASUKAN KAMI

Menyertai keluarga 20dB untuk membantu orang yang mengalami kehilangan pendengaran

Kenapa Pilih 20dB?

Kerana tidak seperti yang lain, kami mempunyai audiologis yang berkaliber di setiap cawangan seluruh negara.

BM