Menu
Your Cart

Alat Bantu Pendengaran Bantu Menyelesaikan Masalah Komunikasi Dalam Norma Baharu


https://ohbulan.com/alat-bantu-pendengaran-bantu-menyelesaikan-masalah-komunikasi-dalam-norma-baharu

Komunikasi adalah sangat penting untuk kita menyuarakan perasaan dan pendapat. Boleh dikatakan setiap hari kita akan berkomunikasi dengan orang lain. Secara tidak langsung, komunikasi akan mengeratkan hubungan kita dengan seseorang.

Norma baru (penjarakan sosial dan memakai topeng muka) tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat kini dan mungkin berterusan kelak. Sesetengah orang berasa agak sukar untuk berkomunikasi dengan orang lain. Mulut dan bibir akan terlindung di sebalik topeng muka ketika berkomunikasi. Suara akan perlahan dan tidak jelas kerana disekat oleh topeng muka.

Situasi ini akan memberi kesan terhadap proses komunikasi terutama bagi golongan yang mempunyai masalah pendengaran. Terdapat beberapa kajian menunjukkan golongan masalah pendengaran menghadapi kesukaran mendengar lebih jelas apabila seseorang itu memakai topeng muka ketika bercakap. Mereka ini mempunyai kesukaran dalam membaca gerak bibir seseorang ketika berkomunikasi. Suara akan jadi lebih perlahan malah ia akan memberi kesan yang drastik dalam persekitaran yang bising, terbuka atau senyap.

20dB Hearing ambil inisiatif memperkenalkan alat bantu pendengaran dari Kanada bagi membantu menyelesaikan permasalahan yang berlaku ketika ini. “Unitron Discover Next Series” merupakan satu-satunya alat bantu pendengaran yang mempunyai teknologi untuk mendengar lebih jelas dan kuat di norma yang baru ini (topeng muka).

Alat ini sesuai digunakan untuk masalah pendengaran tahap ringan, sederhana atau teruk. Teknologi ini akan membantu mengenal pasti dan menguatkan bunyi yang disekat oleh topeng muka ketika berkomunikasi dalam suasana senyap dan bising.

Seiring dengan norma baru iaitu penjarakan sosial dan “meeting” dalam talian, alat ini menyediakan teknologi yang canggih di mana ia dapat menyambung terus dengan peranti elektronik melalui sistem “Bluetooth”. Kini, korang boleh mendengar dan menghadiri sebarang aktiviti atas talian tanpa gangguan. Ia juga disertakan dengan pelbagai pilihan aksesori yang menarik untuk kegunaan situasi kompleks (perjumpaan, persidangan, kelas) dan juga menonton televisyen.

Kalau korang nak tahu, Unitron Discover Next Series memiliki teknologi Soundcore dengan tambahan soft speech lift (menguatkan bunyi yang perlahan). Fungsi tambahan ini membantu meningkatkan suara pertuturan lembut dalam suasana yang tenang.

Jika alat bantu pendengaran mengesan pertuturan di bawah 55dB SPL, soft speech lift akan bantu meningkatkan bunyinya. Senang cerita, member korang cakap dengan bunyi perlahan di sebalik topeng muka pun, korang boleh dengar dengan jelas!

Paling menarik, Unitron telah memenangi Anugerah Red Dot 2020 bagi kategori Reka Bentuk. Ia memaparkan reka bentuk yang unik, kecil dan menarik seiring dengan era zaman sekarang. Reka bentuk ni dihasilkan dengan nilai IP 68 iaitu mampu tahan debu keseluruhannya dan kalis kelembapan. Dengan reka bentuk yang unik dan teknologi yang canggih ni, kami yakin ia merupakan pilihan utama alat bantu pendengaran yang sesuai dengan peredaran zaman teknologi canggih dan norma baru.

 

Share:
ISO Certified Company ISO Certified Company
Nationwide Support Nationwide Support
Customized Hearing Solution Customized Hearing Solution
Board-certified Audiologists Board-certified Audiologists
Satisfaction Guarantee Satisfaction Guarantee
Best in Customer Service Best in Customer Service
Best in Corporate Social Responsibility Best in Corporate Social Responsibility
Sign up now to enjoy complimentary 1 to 1 consultation by certified audiologist!