Perkhidmatan Lain

speech-language-therapy_01

Terapi Pertuturan Bahasa

Terapi pertuturan-bahasa adalah merupakan rawatan untuk kanak-kanak dan orang dewasa yang mempunyai masalah dengan komunikasi atau dengan menelan. Menurut American Speech-Language-Hearing Association, gangguan pertuturan berlaku apabila seseorang tidak dapat menghasilkan bunyi pertuturan dengan betul atau fasih, atau mempunyai masalah dengan suara atau resonans mereka. Kecelaruan bahasa berlaku apabila seseorang mempunyai masalah untuk memahami orang lain atau mengekspresikan diri sendiri.Terapis pertuturan-bahasa akan menyediakan pelan rawatan selepas penilaian menyeluruh dilakukan.

cochlear-implant-consultation_01

Perundingan Implan Koklea

Implan koklea mungkin sesuai untuk mereka yang tidak mendapat sebarang manfaat daripada alat bantu pendengaran konvensional. Penilaian secara menyeluruh akan dijalankan oleh audiologis, terapis pertuturan-bahasa dan pakar bedah Telinga, Hidung, Tekak sebelum implantasi dilakukan.

middle-ear_01

Perundingan Implan Telinga Tengah

Implan telinga tengah sesuai untuk mereka yang tidak boleh menggunakan alat bantu pendengaran konvensional atas sebab-sebab perubatan. Penilaian menyeluruh akan dijalankan oleh audiologis dan pakar bedah Telinga, Hidung, Tekak untuk menentukan jika seseorang itu memenuhi kriteria pencalonan implan.

forusm-_-talks_01

Forum dan Ceramah

Audiologis dan terapis pertuturan-bahasa kami melawat sekolah, hospital, kilang, dan badan bukan kerajaan untuk menyampaikan ceramah mengenai pendengaran, pertuturan dan bahasa. Topik yang dibincangkan adalah termasuk punca-punca kehilangan pendengaran, akibat kehilangan pendengaran, pemuliharaan pendengaran, peranti pendengaran, kelewatan pertuturan pada kanak-kanak, pencapaian pertuturan, gagap, masalah literasi, tips untuk meningkatkan perkembangan pertuturan dan banyak lagi. Bagi pihak yang berminat adalah dialu-alukan untuk menghubungi kami bagi urusan selanjutnya.

e-Newsletter Sign Up!

Subscribe to 20dB e-Newsletter to stay up to date with the latest promotions, events and many more!