Pemasangan Alat Bantu Pendengaran Digital

HA-prescription_01

Preskripsi Alat Bantu Pendengaran

Pada awalnya alat bantu pendengaran akan disenarai pendek selepas ujian pendengaran yang komprehensif dijalankan berdasarkan kepada tahap, jenis dan tatarajah kehilangan pendengaran. Secara umumnya, alat bantu pendengaran yang lebih besar diperlukan untuk kehilangan pendengaran yang lebih teruk. Selain daripada hasil keputusan ujian, audiologis akan menemubual pesakit untuk mempelajari mengenai bajet, gaya hidup, pekerjaan, penyakit dan lain-lain. Kemudian, alat bantu pendengaran yang sesuai dapat ditentukan melalui input dari pesakit dan faktor seperti yang dinyatakan.

HA-fine-tuning-_-follow-ups_01

Temujanji Susulan & Penalaan Alat Bantu Pendengaran

Alat bantu pendengaran akan dipasang berdasarkan keputusan ujian pendengaran diperolehi. Selepas pemasangan pertama, beberapa penalaan halus individual atau pelarasan diperlukan bagi mengoptimumkan pemasangan alat bantu pendengaran.Kebiasaannya, audiologis akan membuat susulan temu janji bagi tujuan ini. Pelanggan adalah dialu-alukan untuk menempah susulan temujanji pada bila-bila masa apabila mereka merasakan penalaan halus itu diperlukan.

HA-servicing-_-repair_01

Pembaikan dan Servis Alat Bantu Pendengaran

Alat bantu pendengaran perlu di servis secara berkala bagi memastikan tahap prestasi yang optimum. Adalah disyorkan untuk membawa alat bantu pendengaran untuk dibersihkan, dikeringkan, penggantian penapis dan/atau menukar tiub setiap 3 bulan. Ini boleh dilakukan secara serta-merta. Kadang-kadang, alat bantu pendengaran rosak dan alat ganti adalah diperlukan. Alat bantu pendengaran akan dihantar ke makmal telinga kami. Bergantung kepada sejauh mana kerosakkan alat tersebut, ianya dijangka siap dalam masa 2 – 4 minggu. Sekiranya alat bantu pendengaran tersebut masih berada dalam tempoh waranti, alat ganti dan kos pekerja lazimnya diketepikan

Counseling-_--Audiologic-Rehabilitation_01

Perkhidmatan Kaunseling dan Rehabilitasi Aural

Rehabilitasi aural merupakan sebuah proses yang menyediakan latihan dan rawatan bagi mereka yang mempunyai masalah pendengaran. Perkhidmatan ini memberi tumpuan kepada menyesuaikan diri dengan alat bantu pendengaran, memanfaatkan penggunaan alat bantu pendengaran, meneroka peranti bantuan pendengaran bagi meningkatkan pemahaman pertuturan dan berkongsi tips untuk meningkatkan komunikasi. Perkhidmatan ini kebiasaannya adalah secara individu dan adalah sebaiknya melibatkan orang yang penting kepada individu terebut.

Assistive-Listening-Devices-Fitting_01

Pemasangan Peranti Bantuan Pendengaran

Peranti ini adalah sebarang peranti yang membantu seseorang untuk mendengar dengan lebih jelas dengan mengatasi halangan bunyi dan jarak. Peranti ini boleh digunakan dengan hampir kesemua jenis alat bantu pendengaran dan implan koklea untuk menghantar suara dan isyarat yang dikehendaki (untuk panggilan telefon contoh, muzik, TV) secara langsung kepada pengguna. Audiologis akan mencadangkan peranti yang sesuai berdasarkan keperluan individu.

e-Newsletter Sign Up!

Subscribe to 20dB e-Newsletter to stay up to date with the
latest promotions, events and many more!