Pengenalan 20dB

20dB Hearing, selalu mendengar untuk anda

20dB Hearing (sebelum ini dikenali sebagai Gnosis Professional Hearing Services) adalah sebuah syarikat penjagaan kesihatan pendengaran yang menyediakan perkhidmatan audiologi dan produk alat bantu pendengaran di Malaysia. Ia mempunyai 16 buah rantaian cawangan dan 20 orang audiologis dan terapi pertuturan. Ia diasaskan oleh sekumpulan audiologist terlatih dari universiti yang diketuai oleh Encik Mok Yong Yaw pada tahun 2002 di Kuala Lumpur.

Hari ini, 20dB Hearing mempunyai kelebihan daya saing berbanding yang lain dengan menawarkan audiologis berpengalaman, ujian pendengaran diagnostik kanak-kanak, sokongan seluruh negara, percubaan alat bantu pendengaran premium dan pelan perlindungan produk.

20dB Hearing merupakan industri yang pertama seumpamanya, yang disahkan oleh ISO 9001: 2008. Syarikat ini juga disahkan oleh Good Distribution Practice for Medical Devices (GDPMD) dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan sebagai pembekal peranti perubatan yang berkelayakan. 20dB Hearing telah memenangi pelbagai jenis anugerah termasuk Anugerah Kecemerlangan Jenama TOP Asia Pasifik pada tahun 2013 dan Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Sin Chew untuk dua tahun berturut-turut pada tahun 2013 dan 2014.

20db-overall_

Mengenai Pengasas

founder_02

Mok Yong Yaw adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif 20dB Hearing dan juga audiologis kanan. Beliau menamatkan pengajian di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan Ijazah Sarjana Muda Audiologi (Kepujian) pada tahun 2000. Pengkhususan beliau ialah dalam audiometri pertuturan dan pemasangan alat bantu pendengaran dan kaunseling. Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai audiologis di Siemens Medical Instruments Pte Ltd dari tahun 2000 hingga 2003. Beliau juga merupakan seorang penyelia klinikal sambilan di UKM Audiology Clinic pada tahun 2001 – 2005. Pada tahun 2008, beliau memperolehi Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dari Universiti Melbourne. Kini, beliau adalah berpejabat di ibu pejabat 20dB di Kuching.

Cerita Kami

Pada tahun 2002, Encik Mok Yong Yaw, pengasas 20dB Hearing sedar akan ramai orang yang kehilangan pendengaran tidak tahu pada siapa dan di mana untuk mendapatkan bantuan. Terdapat kekurangan kendalian secara profesional di pusat jagaan pendengaran di Malaysia.

Ini mencetuskan beliau idea untuk menubuhkan pusat jagaan pendengaran professional yang dikendalikan oleh audiologis yang di seluruh negara, dan cawangan yang pertama ditubuhkan di Taman Maluri pada tahun 2002. 20dB Hearing yang dahulunya dikenali sebagai Gnosis Professional Hearing Services apabila ianya mula beroperasi di Kuala Lumpur. Pada tahun berikutnya, cawangan kedua ditubuhkan di Seremban dan kemudiannya berkembang ke seluruh Malaysia pada tahun-tahun berikutnya. Pengasas 20dB Hearing berjaya merekrut sekumpulan audiologis, termasuk mereka yang bekerja di Singapura, bagi mengembangkan rangkaiannya. Falsafah 20dB adalah untuk membantu mereka yang mempunyai masalah pendengaran di negara ini supaya mereka boleh mendapatkan produk dan perkhidmatan yang terbaik yang ditawarkan oleh audiologis yang berdedikasi.

“Audiologis kami adalah sangat berpengalaman dan berdedikasi, kebanyakan mereka adalah rakan kongsi 20dB, yang berpangkalan di kampung halaman. Kami lebih suka audiologis tempatan, supaya mereka memahami pengguna tempatan, mampu berkomunikasi dengan lebih baik dalam dialek yang sama, dan berkhidmat kepada pelanggan dalam jangka masa yang panjang. “

Visi & Misi Kami

20dB Hearing adalah khusus untuk menjadi sebuah pusat pemasangan alat bantu pendengaran yang profesional dengan menyediakan program rehabilitasi pendengaran peribadi untuk mereka yang mempunyai masalah pendengaran.

“Tidak seperti pusat pendengaran yang lain, kami telah menempatkan audiologis di setiap cawangan kami di seluruh negara.”

Kami berusaha untuk menjadi pilihan utama dalam perkhidmatan audiologi dan pemasangan alat bantu pendengaran di Malaysia. Misi kami adalah untuk mewujudkan rangkaian pusat pendengaran di seluruh negara dengan audiologis yang berkelayakan dan untuk mewujudkan kesedaran mengenai masalah pendengaran dan rehabilitasi alat bantu pendengaran.

20dB Hearing Audiologists Malaysia